Kajian menunjukkan terdapat 8 jenis KANSER adalah berkaitan dengan obesiti atau kegemukan..
Kajian terkini ini di terbitkan dalam jurnal New England Journal of Medicine pada 25 August 2016. .
Kajian ini merumuskan bahawa mengawal berat badan boleh mengurangkan risiko 8 jenis kanser iaitu
Perut, hati, pundi hempedu, pankreas, ovari, meningioma, thyroid & multiple myeloma..
Kajian ini menganalisa 1000 kajian berkenaan obesiti dan kanser…
Faktor gaya hidup sangat penting untuk mencegah kanser seperti pemakanan sihat, menjaga berat badan, bersenam dan tidak merokok
Untuk mengurangkan berat badan adalah sangat susah..oleh itu sekurang kurangnya seseorang boleh berusaha supaya tidak berlebihan berat badan dan mengekalkan berat badan…
Kanser yang berkaitan dengan obesiti adalah sama di kalangan lelaki & wanita..
Obesiti menyebabkan kanser kerana berlaku gangguan hormon dan juga faktor keradangan yang tinggi di kalangan orang yang mempunyai masalah obesiti..
Kekalkan berat badan yang sihat sepanjang hayat…
Amalkan pemakanan sihat…
#drnorman #infosihat #aafiyatlifestyle #healthyeating #obesity #cancer #kanser #overweight #weightloss

t.me/drnormannorawi/404