BAITULMAQDIS AKAN KEMBALI MAKMUR

BAITULMAQDIS AKAN KEMBALI MAKMUR

عمرانُ بيتِ المقدسِ ، خرابُ يثربَ ، وخرابُ يثربَ ، خروجُ المَلحمةِ ، وخروجُ الملحمةِ ، فتحُ قسطنْطينيَّةِ ، وفتحُ القسطنطينيةِ خروجُ الدجالِ . ثم ضربَ بيدِهِ على فخذِ الذي حدَّثَ أو منكبِهِ ثم قال : إن هذا لحقٌّ كما أنَّك هنا ، أو كما أنك قاعدٌ . يعني : معاذَ بنَ جبلٍ

Daripada Muadz bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Makmurnya Baitulmaqdis (selepasnya adalah) musnahnya Yathrib, musnahnya Yathrib berlakunya perang besar, berlakunya perang besar berlakunya pembukaan Konstantinopal (Istanbul), berlakunya pembukaan Konstantinopal keluarnya Dajjal.

Kemudian baginda memukul dengan tangannya ke atas peha atau bahu orang berbicara dengannya kemudian berkata: Sesungguhnya perkara ini adalah benar, sepertimana engkau berada di sana, atau sepertimana engkau duduk. Orang yang dimaksudkan: Mu’adz bin Jabal.”

HR ABU DAUD

Dinilai hasan oleh Ibn Hajar

1 Hari 1 Hadis Palestin

t.me/hadispalestin

TABUNG PALESTIN

http://www.billplz.com/aptemerloh

t.me/hadispalestin/978

Leave a comment