☆Tadabbur Kalamullah 10 Muharram 1442H☆
وَٱلَّذِینَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوۤا۟ أَنفُسَهُمۡ ذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُوا۟ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن یَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ یُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ وَهُمۡ یَعۡلَمُونَ
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)” [Surah Aali Imran 135]
#Diantara sifat orang yang bertaqwa ialah apabila terlanjur melakukan dosa dan kesalahan, mereka segera mengingati Allah lalu memohon ampun serta segera bertaubat.
#Dinukilkan dari Kitab al-Tabsirah oleh Imam Ibnu Jauzi, mengkisahkan pada suatu malam al-Hasan tersentak dari tidurnya dan tiba-tiba dia menangis. Tangisan tersebut mengejutkan ahli keluarganya. Mereka bertanya kenapa engkau menangis?. Jawab al-Hasan: “Aku menangis kerana teringat satu dosa yang pernah aku lakukan”.
#Lihatlah nilai ketaqwaan yang ada pada al-Hasan dan golongan salafussoleh, mereka sentiasa bertaubat dan memohon keampunan Allah tatkala mengingati dosa dan ketelanjuran yang dilakukan. Hanya satu dosa sahaja yang dilakukan telah mendatangkan ketakutan dan kegerunan akan azab Allah swt.
#Allah swt menyatakan bahawa Dia akan mengampuni dosa mereka yang segera bertaubat apabila tersalah melakukan dosa. Mereka juga dijanjikan dengan balasan syurga.
أُو۟لَـٰۤىِٕكَ جَزَاۤؤُهُم مَّغۡفِرَةࣱ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّـٰتࣱ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِینَ
“Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal” [Surah Aali Imran 136]
#Berkata Sayidina Abdullah bin Umar r.a:
لأن أدمع من خشية الله أحب إلي من أن أتصدق بألف دينار
“Menangis kerana takutkan Allah lebih aku sukai daripada bersedekah seribu dinar (wang emas).”
#Firman Allah swt:
وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّـهَ يَجِدِ اللَّـهَ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [Surah an-Nisa’ 110]
♡Takutlah akan dosa dan maksiat. Pastikan segera memohon ampun dan bertaubat jika telah melakukan dosa dan kesalahan. Contohilah golongan salafussoleh yang sangat gerun dengan dosa dan sangat pantas dalam bertaubat♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
