Kawan-kawan semua perasan tak, hari ni adalah 10 Muharam atau lebih dikenali sebagai Hari Asyura.

Kawan-kawan semua perasan tak, hari ni adalah 10 Muharam atau lebih dikenali sebagai Hari Asyura.

Kita sebenarnya disaran untuk puasa sunat dan buat sebanyak mana amal kebajikan yang mampu. Pahala insyaAllah berlipat ganda.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Namun jika tak dapat berpuasa sunat hari ni atas sebab tertentu, usah risau kerana banyak lagi amal kebaikan lain boleh kita lakukan.

Antaranya sedekah wakaf.

Begini, ada sebuah sekolah menengah agama Islam di Kuala Nerang Kedah memerlukan bantuan. Asbab reputasi sekolah yang terkenal di kalangan penduduk tempatan atas pencapaian akademik dan sahsiah, bilangan pelajar bertambah sehingga hampir 500 pelajar.

Mereka sekarang ni tengah buat bangunan baru sekolah 3 tingkat. 2 tingkat alhamdulillah dah siap, tinggal satu tingkat je lagi nak disiapkan.

Mereka perlukan bantuan kita.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui” (Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Jadi, saya nak ajak kalian rebut peluang wakaf sedekah Asyura Challenge untuk dana bangunan Sekolah Menengah Agama Al Khairiah (SMUK) Kuala Nerang ini. Selagi mana bangunan ni digunakan untuk murid belajar ilmu, selagi tu pahala tak putus-putus kita dapat.

Mereka sedang mencari 15,000 dermawan yang boleh wakaf hanya RM10 je. Tak rugi kita derma, insyaAllah akan tambah rezeki lagi.

Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah datuk nenek dan keluarga yang masih hidup ataupun dah meninggal dunia. Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Sahabat-sahabat boleh buat sumbangan melalui:

Bank : CIMB BANK

Nama : TABUNG PEMBINAAN KOMPLEKS SEK MEN AGAMA AL KHAIRIAH

No. Akaun : 8602 12 2405

Email : dana.bangunansekolahsmuk@gmail.com

Alamat Sekolah:

Sekolah Menengah Agama Al Khairiah (SMUK), Jalan Ampangan Pedu,

06300 Kuala Nerang, Kedah

Semoga Allah memilih Dato, Datin, Tuan, Puan, Cik, Encik untuk bersedekah wakaf akhirat ini. Amin.

P/S: Kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sebagai wakaf amal jariah kita. Terima kasih ye.

#sahamakhirat

www.facebook.com/100000352658144/posts/3382238935131162/

👆Dr.Ahmad Luqman Bukhari

Leave a comment