Cabaran marhein
Saya pasti bahawa rakyat mengikuti perkembangan dan prestasi kerajaan yang diterajui oleh BN, PH dan PN dengan rapat. Apatah lagi di kalangan rakyat majoriti Melayu dan bumiputera yang merangkumi 69 % penduduk Malaysia.
Rakyat sedang menilai kesungguhan kerajaan PN yang didominasikan MP Melayu hampir 85 peratus bagi memperjuangkan hak mereka berbanding kerajaan PH, dan BN yang lalu.
Saya tidak nampak MP Melayu bersungguh-sungguh bagi memperjuangkan masa depan agama, bangsa dan negara. Dalam banyak hal, kerajaan tunduk kepada tekanan yang diberikan sesetengah pihak terutamanya di kalangan mereka yang ‘pegang ekonomi’ negara.
Lihatlah isu pekebun durian haram yang telah beroperasi sejak puluhan tahun yang lalu, isu pendidikan vernakular dengan bantuan kepada SJKC dan jutaan RM kepada Kolej TAR, pengiktirafan UEC dan banyak lagi.
Siapakah yang akan perjuangkan agenda Melayu dan bumiputera ? Adakah agenda ini dianggap rasis dan ekstrim ?
Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

t.me/zainurrashid/946