☆Tadabbur Kalamullah 9 Muharram 1442H☆
إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَ ٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَیَقۡتُلُونَ وَیُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَیۡهِ حَقࣰّا فِی ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِیلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُوا۟ بِبَیۡعِكُمُ ٱلَّذِی بَایَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَ ٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar” [Surah at-Tawbah 111]
#Perniagaan atau jual beli yang paling baik bukanlah perniagaan emas perak, bukan perniagaan import eksport, bukan perniagaan kereta dan makanan, bukan perniagaan kain dan tenunan, bukan perniagaan duit dan tukaran wang, bukan apa jua bentuk perniagaan dunia yang palsu. Tetapi perniagaan yang paling baik, paling tinggi dan paling untung, paling kekal dan berpanjangan ialah perniagaan dengan Allah swt. Ini disebabkan peniaga atau pedagang yang berniaga dengan Allah akan untung semata-mata sedangkan peniaga yang berniaga dengan selain Allah ada yang untung, banyak yang rugi dan ada yang musnah bankrap.
#Di antara jenis perniagaan dengan Allah ialah seperti membaca al-Quran, mendirikan solat, menginfaqkan harta yang dikurniakan Allah kepada manusia secara terang atau secara sembunyi. Perniagaan ini dinyatakan oleh Allah di dalam firmanNya bahawa ianya tidak akan rugi selama-lamanya. Firman Allah swt:
إِنَّ ٱلَّذِینَ یَتۡلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرࣰّا وَعَلَانِیَةࣰ یَرۡجُونَ تِجَـٰرَةࣰ لَّن تَبُورَ
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”
لِیُوَفِّیَهُمۡ أُجُورَهُمۡ وَیَزِیدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦۤۚ إِنَّهُۥ غَفُورࣱ شَكُورࣱ
“Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)” [Surah Fatir 29-30]
#Suatu hari seorang sahabat telah bertanya Nabi saw tentang jenis-jenis perniagaan yang paling baik supaya dapat dilakukannya. Lalu turunlah ayat yang mulia ini.Firman Allah:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةࣲ تُنجِیكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِیمࣲ * تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [Surah as-Saf 10 -11]
#Ganjaran bagi sesiapa yang berniaga dengan Allah swt ialah Syurga. Ini antara sebesar-besar ganjaran dan nikmat yang dijanjikan.
♡Jom berniaga dengan Allah swt dengan berusaha memantapkan iman dan menggandakan amal soleh. Semoga kita semua diberi taufiq dan kekuatan oleh Allah swt untuk menjalankan perniagaan yang menguntungkan ini. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
