Ingatkan elok dah pakai face mask tapi rupanya tu punca budak tu jatuh sakit.

Ingatkan elok dah pakai face mask tapi rupanya tu punca budak tu jatuh sakit.

Kadang tu bila nampak anak kecil duk main-main dengan face mask dia, saya jadi naik risau pulak.

Ada sebahagian anak kita ni, suka duk main buka, pakai, buka, pakai face mask tu. Alih-alih tengok-tengok rupanya dah terbalik face mask tu.

Patutnya lapisan berwarna biru atau hijau tu kat luar dan lapisan putih kat belah dalam.

Tapi bila dah seronok sangat main face mask tu, kita pun tak sedar yang budak tu pakai terbalik.

Aduh!

Ni saya nak cerita sikit.

Lapisan berwarna biru atau hijau tu, sebenarnya dicipta khas supaya tak menyerap air (hydrophobic).

Kenalah duk kat belah luar sebab kita nak elakkan titisan wap air yang mengandungi virus atau kuman melekat kat mask tadi tu.

Lapisan putih kat belah dalam tu pulak, direka supaya menyerap air (hydrophilic).

Jadi udara yang penuh dengan wap air bila dihembus keluar dari paru-paru kita terus melekat kat lapisan tu. Kalau ada kuman pun tak adalah merebak pergi merayau berjangkit pada orang lain.

Tapi kalau anak-anak kita pakai face mask tu terbalik, kalian pun boleh bayangkan sendiri apa akibatnya.

Wap air yang penuh dengan debu, kuman atau virus dari luar, akan melekat pada lapisan putih yang mudah menyerap air tu.

Akhirnya bila anak kita tu sedut nafas, risiko untuk kuman tadi meluncur laju masuk ke paru-paru dia jadi makin tinggi.

Masa tu, face mask tu bukan je tak berjaya nak protect dia tapi dah jadi punca utama si kecil tu jatuh sakit pulak.

Sebab tu saya nak mintak tolong sangat-sangat pada parents semua, at least ajarkan 3 perkara ni kat si comel kita tu:

#1. Pesan selalu kat dia supaya jangan duk sentuh bahagian luar topeng muka tu.

Mula-mula mungkin dia tak berapa dengar tapi bila dah kerap diperingat, anak kita tu akan terbiasa untuk amalkan cara yang tepat.

#2. Beritahu dia supaya pakai dengan aturan yang betul. Lapisan berwarna kat luar. Lapisan putih pulak wajib kat dalam.

#3. Latih dia supaya selalu bersihkan tangan dengan air dan sabun atau pun hand sanitizer tiap kali sebelum nak pakai atau selepas tanggalkan face mask tadi.

Pakat beringat ye. Bukan virus Covid19 ni je, tapi ada banyak lagi virus dan kuman berbahaya lain yang boleh jadi punca anak kita tu terlantar kesakitan kalau kita tak ambil berat tentang hal ni.

Tolong #share ilmu mahal ni dengan pasangan masing-masing ye.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Mana yang baru follow FB saya ni, jemput set ‘See First’ sekali ye supaya kalian tak tertinggal info penting berkaitan kesihatan si kecil kita tu nanti.

#notaDrALB

https://www.facebook.com/100000352658144/posts/3358557370832652/?extid=xDdgBrYxGUZ5Cl2L&d=n

Leave a comment