PERKEMBANGAN TERKINI DI GAZA 27 OGOS 2020
1. Keadaan di Gaza bertambah teruk dengan peningkatan kes positif COVID-19 yang dikesan di kalangan penduduk Gaza kepada 26 kes, dengan 3 kes kematian. Selain itu terdapat 110 kes di dalam pusat kuarantin (dari penduduk yang pulang dari luar dan dimasukkan terus ke pusat kuarantin).
2. Wabak dijangka merebak dengan cepat kerana peta interaksi pesakit sangat luas dan sukar dikesan.
3. Ratusan ribu penduduk yang bergantung kepada kerja seharian akan memerlukan bantuan makanan hasil sumbangan NGO antarabangsa, dengan 220,000 orang berada di bawah paras kemiskinan. 70% penduduk tidak mempunyai jaminan makanan harian.
4. Elektrik putus 20 jam sehari yang menyebabkan 30% penduduk tidak mendapat bekalan air.
5. 52% ubat-ubatan yang diperlukan di hospital tidak cukup stok.
6. 12 orang tahanan penjajah Zionis di penjara Ofer juga dikesan positif COVID-19.
Gaza berada dalam keadaan sangat kritikal. Bantuan kalian diperlukan untuk kita mencapai sasaran kutipan minimum RM500,000 dalam masa tiga hari. Setakat ini kita baru mencapai RM160,000.
Sumbang ke akaun rasmi NGO Cinta Gaza Malaysia Maybank 564810507826 atau klik emergency4gaza.com. Jangan lupa berpuasa sunat Asyura’ dan mendoakan kami di hari-hari berkat untuk memberi dan beramal ini.
POHON DISEBARKAN SELUASNYA.
#Emergency4Gaza
#FreeGaza
#FreePalestine
#CGM

t.me/cintagaza/1217