MENGANTUK PETANDA PENYAKIT?
Pada awalnya rungutan seorang kenalan mengenai sering mengantuk dilihat cuma gejala biasa. Katanya, rasa mengantuk pada waktu siang mungkin lebih berupakan ‘penanda’ semula jadi terhadap faktor diri yang keletihan disebabkan tuntutan harian yang padat.
Namun, apabila gejala mengantuk itu semakin ketara dan kerap daripada biasa, masalah itu mula menjejaskan rutin harian termasuk mengganggu penumpuan lebih-lebih lagi ketika bekerja dan memandu.
Sedangkan dia tidak pernah menghadapi masalah gangguan tidur kerana dia menikmati waktu tidur berkualiti iaitu tujuh hingga lapan jam. Adakah masalah mengantuk dihadapinya itu gejala penyakit lain?
Sebenarnya, secara alami, adalah normal andai seseorang individu terasa mengantuk selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Umumnya kita mengantuk apabila fungsi badan dan otak penat dengan aktiviti seharian. Tindak balas semula jadi akan berlaku dan kelenjar tertentu mengeluarkan hormon dengan menghantar tindak balas ke otak.
Malah berkenaan peranan hormon, antaranya pengkaji menemui rasa mengantuk berpunca daripada kompaun kimia bernama edenosin yang wujud dalam otak bertindak balas dengan reseptor otak.
Selain itu, kitaran tidur dipengaruhi ‘jam tubuh’ yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian iaitu proses fisiologi berlaku dalam tubuh membolehkan badan bertindak balas dengan persekitaran seperti waktu tidur, makan dan aktif.
Jam tubuh ini yang sensitif dengan perubahan persekitaran seperti cahaya matahari dan suhu, membantu dalam menentukan sama ada waktu untuk berjaga pada waktu siang atau tidur ketika malam.
Mengantuk mempunyai gejala mirip bagi simptom penyakit lain yang mungkin menyerupai gejala disebabkan gangguan tidur. Gangguan tidur juga ada pelbagai jenis dan merujuk pada keadaan dialami pesakit.
Masalah mengantuk tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjadi petanda bagi penyakit serius dihadapi individu berkenaan. Ini termasuklah komplikasi penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi pada usia muda.
Maka, sebaik-baiknya pesakit ini menjalani pemeriksaan menyeluruh bagi mengenal pasti punca mengantuk itu adakah disebabkan gangguan tidur atau tanda-tanda kepada masalah lebih serius.
Merujuk pada mengantuk yang biasa dihadapi pesakit diabetes, gejala itu lazim berlaku selepas makan. Apatah lagi makanan yang diambil pesakit kandungannya tinggi karbohidrat dan gula.
Ia bermula dengan rasa penat dan diikuti mengantuk disebabkan kapasiti tubuh pesakit diabetes tidak lagi dapat menghasilkan insulin bagi menukar gula ke sumber tenaga.
Biasanya pesakit mengadu mengalami masalah mengantuk luar biasa akibat gangguan tidur atau hidung tersumbat. Selain itu, biasanya pesakit menghadapi gejala tidur terganggu termasuklah rasa tercekik, lemas, kerap bangun untuk kencing dan berdengkur sehingga menjejaskan kualiti tidur.
Tidak dinafikan dilema ini sering dihadapi mereka yang bekerja syif dan selalu terbang ke luar negara selain tidak mengamalkan hidup sihat termasuk masalah obesiti. Faktor gangguan lain iaitu kesihatan mental dan emosi juga memungkinkan seseorang itu menghadapi masalah mengantuk luar biasa.
Ada kajian perubatan menerangkan mereka yang mengalami kemurungan dan emosi tidak stabil untuk satu tempoh yang panjang boleh menjejaskan kualiti tidur, seterusnya mencetuskan gejala mengantuk.
Dalam keadaan normal, individu yang tidak cukup tidur, penat dengan aktiviti seharian selain berasa sedih disebabkan peristiwa tertentu boleh merangsang badan bertindak balas dan menyebabkan mengantuk apatah lagi mereka yang mengalami gangguan mental.
Paling penting yang berkait dengan gangguan neuron teruk termasuk sawan ketika tidur dan sebagainya. Ini menjadikan gejala mengantuk yang berlaku perlu dirujuk kepada psikiatrik mahupun neurologi.
Bagi mengatasi masalah mengantuk keterlaluan, ada beberapa langkah awal boleh diambil seperti diet serta amalkan gaya hidup sihat.
Melihat pada punca penyakit terutama individu mempunyai masalah obesiti, sebaik atur gaya hidup mereka termasuk pengambilan makanan seimbang iaitu sayur dan buah-buahan yang dapat membekalkan vitamin dan zat mencukupi.
Usaha yang boleh dilakukan selain mendapatkan rawatan, pesakit seharusnya mengubah diet mereka termasuk mengelak makanan tinggi karbohidrat dan gula pada waktu malam.
Makanan tinggi karbohidrat memerlukan tempoh pencernaan yang lebih panjang untuk menukar karbohidrat dan gula ke tenaga. Situasi itu menyebabkan organ berkenaan perlu bekerja lebih lama pada waktu malam berbanding fungsi semula jadinya kerana ketika ini ia sepatutnya berada dalam mod rehat.
Elak juga pengambilan kafein yang membuat pesakit berjaga sehingga jauh malam, sebaik-baiknya pengambilan air kosong atau teh hijau boleh membantu mereka menikmati tidur malam lebih baik.
Selain itu, amalkan aktiviti bersenam, individu yang mengalami masalah mengantuk pada waktu siang hari boleh amalkan tidur sekejap sekitar 15 hingga 30 minit ketika tengah hari.
Jika di pejabat, gunakan waktu makan tengah hari untuk melelapkan mata seketika. Ini membolehkan mereka ‘mengecas’ kembali tenaga untuk meneruskan tugasan. Namun, jangan tidur selepas waktu Asar kerana anda akan berasa lebih letih dan tidak bertenaga.
Antara penyakit yang sering dikait dengan gejala mengantuk selain diabetes dan masalah psikiatri ialah :
1. Anemia
Kandungan zat besi yang rendah menyebabkan penghidapnya mudah rasa mengantuk kerana kandungan oksigen kurang dalam darah. Bahkan penderita sering rasa mengantuk meskipun sudah menikmati tidur yang mencukupi.
2. Penyakit jantung
Antara tanda jantung tidak baik adalah tubuh sering berasa mengantuk, lemah dan lelah. Lebih ketara gejala itu dihadapi ketika waktu siang. Selain itu, gejala awal penyakit jantung biasanya menyebabkan gangguan tidur pada waktu malam termasuk sukar bernafas.
3. Hipertensi
Lazim bagi penderita tekanan darah tinggi tidak menikmati tidur nyenyak pada waktu malam. Gejala sakit kepala dan tekanan serta sakit pada bahagian bahu selain leher membuatkan mereka tidak cukup tidur. Tidak hairan keesokan hari mereka mudah berasa letih dan kurang bermaya.
4. Hiperkalsemia
Kadar kalsium dalam darah antara punca penyakit hiperkalsemia yang berpunca daripada gangguan terhadap sistem saraf, jantung dan pencernaan. Kadar kalsium yang normal dalam tubuh adalah sekitar 8,2 – 10,2 mg/dL, namun penderita hiperkalsemia memiliki kadar kalsium antara 12 mg/dL hingga melebihi 14 m/dL.
5. Hipotiroidisme
Penyakit hipotiroidisme membuatkan pesakit sukar tidur malam, lantas mengantuk pada waktu siang. Hormon tiroid yang dihasilkan kelenjar tiroid berfungsi membantu tubuh atur waktu tidur tetapi jika terlalu banyak, ia sebaliknya mengganggu waktu tidur.
6. Hiponatremia
Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya. Kadar penurunan natrium yang pantas boleh menyebabkan kemudaratan kerana ia penting mengendalikan kadar air dalam tubuh, menjaga tekanan darah serta mengatur sistem saraf dan otot.
#HealthDrZubaidi
SLEEPY SIGNS OF SICKNESS?
At first complaints of an acquaintance about often being sleepy is seen just ordinary symptoms. He said, feeling sleepy during the day may be more forgotten about the natural ‘marker’ of fatigue self factors due to compact daily claims.
However, when the sleepy symptoms are becoming more obvious and more frequent than usual, the problem starts to affect daily routine including disrupting more when working and driving.
While he has never had sleep disorders because he enjoyed a quality bedtime which is seven to eight hours. Is there a sleepy problem facing the symptoms of other diseases?
Actually, naturally, it’s normal if an individual feels sleepy after a day of doing various activities. We are generally sleepy when body and brain function is tired of daily activities. Natural reactions will happen and certain glands remove hormones by sending reactions to the brain.
In fact, the role of hormones, among them researchers find sleepy feeling caused by a chemical compound named edenosin which exists in the brain reacts with brain receptors.
In addition, the sleep cycle is influenced by ‘body clock’ which is also known as circadian rhythm which is the physiological process in the body allows the body to react with an environment such as bedtime, eating and active.
This body clock is sensitive to environmental changes such as sunlight and temperatures, helping to determine whether time is to stay awake during the day or sleep at night.
Sleepy has similar symptoms for the symptoms of other diseases that may resemble symptoms of sleep disorders. Sleep disorders also have various types and refer to the condition of the patient.
Sleepy problems can’t be underestimated because it can be a sign for serious illnesses faced by the individual. This includes complications of diabetes and high blood pressure at a young age.
So, the best of this patient undergoing a thorough check to identify the cause of sleepyness is it due to sleep disorders or signs of more serious problems.
Referring to the sleepy that diabetes patients are commonly faced, the symptoms usually happen after eating. What else is the food taken by patients with high carbohydrates and sugar.
It starts with a feeling of tiredness and followed by sleepyness due to the capacity of diabetes patient body can no longer produce insulin to convert sugar to energy resources
Usually the patient complains to experience sleepy problems due to a clogged nose or a clogged nose. In addition, patients usually have symptoms of sleep disturbed including choke, drowning, often waking up to pee and snoring until affecting the quality of sleep.
Undeniable this dilemma is often faced by those who work shifts and always fly abroad other than not practicing healthy living including obesity problems. The factor of other disorders which are mental and emotional health also allows a person to have extraordinary sleepy problems.
There’s a medical study that explains those with depression and unstable emotions for a long period of time can affect the quality of sleep, next to cause sleepy symptoms.
In normal condition, individuals who are not sleeping enough, tired of daily activities other than feeling sad because of certain events can stimulate the body of reactions and cause sleepiness, what more about those who have mental disorders.
Most importantly related to bad neuron disorders including sleep and so on. This makes the sleepy symptoms that happen need to be referred to psychiatric or neurology.
To overcome sleepy problems, there are a few early steps that can be taken like diet and practice a healthy lifestyle.
Looking at the cause of diseases especially individuals who have obese problems, as well as arranging their lifestyle including balanced food intake of vegetables and fruits that can provide enough vitamins and substances.
Effort that can be done besides getting treatment, patients should change their diet including avoiding high-carbohydrates and sugar at night.
High-carb foods require longer digestive periods to convert carbs and sugar into energy. The situation caused the organ to have to work longer at night than its natural function as it should be in break mode.
Avoid caffeine intake that keeps patients awake until far away, the best intake of empty water or green tea can help them enjoy a better night sleep.
Other than that, practice exercise activities, individuals who have sleepy problems during the day can practice sleeping for about 15 to 30 minutes during the afternoon.
If in office, use lunch time to close your eyes for a while. This allows them to ‘charge’ back energy to continue the assignment. However, don’t sleep after the Asar time because you will feel more tired and not energetic.
Among the diseases that are often associated with sleepy symptoms other than diabetes and psychiatric problems are:
1. Anemia
Low iron content causes the absorption to feel sleepy because the oxygen content is less in the blood. Even the suffering often feels sleepy despite enjoying enough sleep.
2. Heart disease
Among the bad heart signs that the body often feels sleepy, weak and tired. It’s more obvious that the symptoms are faced during noon. Additionally, early symptoms of heart disease usually cause sleep disorders at night including difficulty breathing.
3. Hypertension
It’s common for high blood pressure suffering not to enjoy a good sleep at night. Symptoms of headache and pressure and pain in the shoulder other than the neck makes them not enough sleep. No wonder the next day they easily feel tired and less lifeless.
4. Hyperkalsmia
Calcium rates in the blood are among the causes of hypercalms that are caused by disruption to the nervous system, heart and digestive. The normal calcium rate in the body is about 8,2-10,2 mg / dL, but hyperkalsemia has a calcium rate of between 12 mg / dL to over 14 m / dL.
5. Hypothyroidism
Hypothyroidism disease makes patients sleep hard at night, sleepy during the day. Thyroid hormones produced by thyroid glands function to help the body to sleep but if it’s too much, it’s disturbing the sleep time.
6. Hyponatremia
Hyponatremia is an electrolytic disruption when sodium rates in blood are lower than it should be Quick rate of sodium decrease can cause harm as it is important to control the water rate in the body, maintaining blood pressure and regulating the nervous system and muscle system.
#HealthDrZubaidi

