‘KEADAAN DI GAZA BERTAMBAH BURUK.’

‘KEADAAN DI GAZA BERTAMBAH BURUK.’

9 kes baru positif COVID-19 ditemui di Gaza. Ini bermakna entah berapa orang yang telah berinteraksi dengan mereka dan entah berapa orang telah dijangkiti.

Jumlah penduduk di bawah paras kemiskinan yang akan terjejas sekiranya larangan bergerak dilanjutkan (hampir pasti akan dilanjutkan) ialah 220,000 orang.

Di bawah paras kemiskinan di sini bermaksud langsung tidak ada duit untuk mendapatkan bekalan makanan seharian khususnya dalam suasana berkurung.

Sumbangan yang masuk semalam hanya mencapai RM46,000 daripada sasaran awal RM200,000 yang kita letakkan.

Kita perlu bekerja lebih keras berkongsi berita dan keperluan ini sebelum keadaan menjadi kritikal dan semuanya terlambat.

Gaza bukan Malaysia yang punya duit reserve berbilion ringgit untuk kecemasan seperti ini. Tidak ada wang bantuan malah subsidi untuk mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mereka hanya mampu berharap kepada ihsan kalian.

Klik emergency4gaza.com atau sumbang ke Maybank 564810507826 segera.

Pohon disebarkan seluasnya.

**Gambar di atas merupakan kes kematian pertama, Rabah Lubbad (61) setelah coronavirus merebak di kalangan penduduk Gaza.

#Emergency4Gaza

#FreeGaza

#FreePalestine

#CGM

t.me/cintagaza/1211

Leave a comment