SUDAH BAIKKAH AKU?*
(Muhasabah diri)
“Baikkah Aku” Walaupun selalu solat 5 waktu serta tepat pada waktunya.
“Baikkah Aku” Walaupun telah berhaji dan umrah beberapa kali.
“Baikkah Aku” Walaupun telah bersedekah setiap hari.
“Baikkah Aku” Walaupun hari-hari kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain yang berbuat salah.
“Baikkah Aku” Walaupun sudah pakai jubah, berjanggut dan menutup aurat dengan sempurna.
“Baikkah Aku” Walaupun setiap malam solat Tahajjud, Witir, Hajat dan Dzikir.
“Baikkah Aku” Walaupun tiap hari ke surau atau masjid untuk solat dan menambah ilmu.
“Baikkah Aku” Walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
“Baikkah Aku” Walaupun setiap saat kita menolong orang lain.
Al-Quran, surah an-Najm ayat 32:
فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى
“…Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa
Aisyah ra ditanya:
“Siapakah orang yang buruk?” dijawab olehnya “yaitu orang yang merasa dirinya baik”.
Beliau ditanya lagi,
“Siapakah orang yang baik?”, maka dijawab “yaitu orang yang merasa dirinya buruk”.
*JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.
Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah swt.
Kita tak tahu amal manakah yang Allah swt terima.
Selalu letakkan diri kita dalam keadaan;
“Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah swt”
“Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan mencuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik”
Wujudkan KEIKHLASAN hindari IRI dan DENGKI
Selalu mengharapkan REDHA ALLAH swt
Latih diri agar selalu TAWADHU jauhkan dari penyakit UJUB dan TAKABBUR
Selalu perbaiki diri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang
Hanya Allah swt yang akan terus memberi kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.
Semoga setiap hari Allah swt selalu membimbing kita semua.
Hidup bukan mahu menilai siapa orang baik, tetapi siapa yang lebih terbaik dari yang baik.

