Ilmu-Ilmu Alat Untuk Faham Al-Quran

Ilmu-Ilmu Alat Untuk Faham Al-Quran

Al-Quran bermakna bacaan. Dengan erti kata, untuk memperoleh manfaat daripada Al-Quran, kita perlu membacanya.

Agar bacaan kita terhadap Al-Quran lebih memberi manfaat, maka kita perlu menttadabburinya.

Tadabbur bermaksud berusaha memahami dan menghayati isi kandungan ayat-ayat Al-Quran.

Agar tadabbur kita menjadi lebih baik, kita perlu mempunyai ilmu-ilmu alat yang membantu kita mudah memahami dan mengambil pelajaran daripadanya.

Antara ilmu alat yang perlu dikuasai untuk faham Al-Quran adalah :

1. Ilmu Sorof dan Isytiqaq

2. Ilmu Nahu dan I’rab

3. Ilmu Balaghah

4. Ulumul Quran

5. Tafsir Al-Quran

***

Akademi Bahasa Al-Quran Al-Firdausi atau ABQAF berusaha menyediakan kelas-kelas yang mengajarkan ilmu-ilmu alat di atas agar masyarakat semakin memahami dan menghayati Al-Quran.

Antara kelas tersebut adalah :

1. Kelas Asas Bahasa Arab Al-Quran. Kelas memberikan asas penting yang perlu dikuasai setiap orang yang ingin menguasai ilmu sorof, ilmu nahu dan balaghah Al-Quran.

2. Kelas Bahasa Arab Komunikasi yang mengajarkan bagaimana berkomunikasi dalam bahasa Arab.

3. Kelas Sorof Al-Quran yang mendedahkan kaedah penting tentang perubahan perkataan perkataan Arab Al-Quran.

4. Kelas Nahu Al-Quran yang mengajarkan kaedah memahami kedudukan perkataan Arab Al-Quran yang mempengaruhi makna ayat Al-Quran.

5. Kelas Bahasa Al-Quran yang mengajarkan tentang kaedah yang menjelaskan rahsia susunan ayat-ayat Al-Quran.

6. Kelas I’rab Al-Quran yang merupakan kelas praktikal bagi ilmu Nahu dan Sorof Al-Quran.

7. Kelas Terjemahan Al-Quran yang membantu peserta bagaimana menggunakan kaedah Nahu, Sorof dan Balaghah Al-Quran untuk menterjemahkan Al-Quran.

8. Kelas Tadabbur Al-Quran yang membahas tafsir dan pelajaran serta pengajaran yang terdapat pada ayat-ayat Al-Quran.

9. Kelas Bahthul Kitab yang membantu peserta untuk memahami kitab-kitab turath, terutama dalam bidang tafsir al Quran.

10. Kelas Ulumul Quran yang mengajarkan ilmu-ilmu yang perlu diketahui agar lebih mudah dan tepat memahami ayat-ayat Al-Quran.

***

“Sekarang baru saya seronok apabila membaca Al-Quran,” kata salah seorang peserta program Bahasa Arab Al-Quran di ABQAF yang merasakan perubahan pada dirinya selepas menyertai program-program ABQAF.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut program ABQAF, sila hubungi talian berikut 0122551470

www.facebook.com/108860070901972/posts/142714544183191/

Leave a comment