PENYAKIT ARTERI KORONARI
.
Penyakit ini berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolesterol. Kebiasaannya disebabkan oleh kehadiran aterosklerosis. Jika keadaan ini berlanjutan, pengaliran darah ke otot jantung akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan sakit dada. Jika bekalan darah berkurangan ke tahap yang kritikal, seseorang itu akan mendapat serangan jantung.
.
TANDA-TANDA
.
Gejala yang paling biasa penyakit arteri koronari ialah pesakit mungkin merasa sakit dada dan/atau sesak nafas semasa senaman atau melakukan aktiviti. Kadangkala kesakitan boleh dirasai pada bahagian bahu, lengan, leher, rahang atau belakang badan.
Kesakitan kadang-kadang boleh dikelirukan sama ada pedih ulu hati atau penyakit ulser peptik.
Selain itu, seseorang akan berasa berpeluh-peluh, loya, berdebar-debar dan pening. Bagi orang tua dan orang yang menghidap kencing manis, mereka mungkin hanya mempunyai gejala ringan dan kebanyakannya dikemukakan lewat di hospital.
.
FAKTOR-FAKTOR
.
Penyakit arteri koronari adalah antara penyebab kematian utama di hospital-hospital kerajaan di Malaysia. Faktor risiko utama termasuklah :
.
1. Merokok
2. Paras kolesterol yang tinggi
3. Tekanan darah tinggi
4. Diabetes
5. Peningkatan umur
6. Kegemukan (Obesiti)
7. Kekurangan aktiviti fizikal
8. Sejarah keluarga di mana penyakit arteri koronari berlaku pada umur yang muda
.
Sekiranya anda mempunyai simptom seperti yang dijelaskan di atas, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah pergi ke hospital terdekat. Di hospital, doktor anda akan melakukan elektrokardiogram (ECG) jantung dan akan menyemak darah anda untuk sebarang petunjuk bahawa serangan jantung berlaku.
.
RAWATAN
.
1. Rawatan Bukan Ubat-ubatan
.
a) Mengamalkan cara hidup yang sihat
b) Berhenti merokok
c) Pemakanan seimbang
d) Mengekalkan berat badan yang unggul
.
2. Rawatan Ubat-ubatan
.
Ubat diberi untuk :
.
a) Mengurangkan pembekuan darah / mencairkan darah
b) Mengurangkan kadar denyutan dan tekanan darah supaya mengurangkan keperluan oksigen oleh jantung
c) Mengembangkan saluran darah untuk meningkatkan bekalan oksigen
d) Pengawalan secara optima bagi tekanan darah tinggi, paras gula untuk pesakit diabetes dan paras kolesterol
e) Semasa serangan jantung akut, pencairan darah beku adalah berkesan jika rawatan diberi dalam masa 6 jam
.
Prosedur pembedahan atau intervensi untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung bagi sesetengah kes diperlukan seperti Angioplasti (prosedur untuk membuka saluran darah yang disekat) dan pembedahan pintas jantung.
.
Perubahan gaya hidup seperti mengamalkan cara hidup sihat melalui pengambilan pemakanan yang seimbang dan lakukan aktiviti fizikal secara berkala dapat mencegah dan merawat penyakit arteri koronari ini.
.
#HealthDrZubaidi
CORONARY ARTERY DISAILES
.
This disease happens when blood channels become hard and narrow due to cholesterol plaque. Usually caused by the presence of atherosclerosis. If this situation continues, blood flow to heart muscle will decrease. This will result in chest pain. If blood supply decreases to a critical level, one will have a heart attack.
.
SIGNS
.
The most common symptoms of coronary artery disease are patients may feel chest pain and / or breath during exercise or activity. Sometimes pain can be felt in the shoulder, arm, neck, jaw or back of the body.
Pain can sometimes be confusing whether it’s painful or peptic ulcer disease.
Other than that, someone will feel sweaty, nauseous, pounding and dizzy. For parents and those with diabetes, they may have only mild symptoms and most of them are found late in the hospital.
.
FACTOR-FACTOR
.
Coronary artery disease is among the main causes of death in government hospitals in Malaysia. Major risk factors include:
.
1. Smoking
2. High levels of cholesterol
3. High blood pressure
4. Diabetes
5. Age improvement
6. Obesity (Obesity)
7. Lack of physical activities
8. Family history where coronary artery disease occurred at young age
.
If you have symptoms as described above, the best thing you can do is go to the nearest hospital. In the hospital, your doctor will do an electrocardiogram (ECG) heart and will check your blood for any clue that a heart attack happened.
.
TREATMENT
.
1. Treatment Not Medicine
.
a) Practicing a healthy way of life
b) Stop smoking
c) Balanced diet
d) Maintaining the superior weight
.
2. Medicine Treatment
.
Medicine is given for:
.
a) Reduces blood freeze / melts blood
b) Reduces rate of pulse and blood pressure to reduce oxygen needs by heart
c) Develops blood channels to increase oxygen supply
d) Optima control for high blood pressure, sugar level for diabetes patients and cholesterol levels
e) During acute heart attack, frozen blood meltdown is effective if treatment is given in 6 hours
.
Surgical procedures or intervention to repair blood flow to the heart of some cases needed such as Angioplasti (procedures to open a blocked blood channel) and heart short surgery.
.
Lifestyle changes like practicing a healthy way through balanced nutrition intake and doing physical activities periodically can prevent and treat this coronary artery disease.
.
#HealthDrZubaidi

