Doa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah kami bersyukur kerana Engkau telah melanjutkan usia kami hingga kehari ini.

Ya Allah semoga awal pagi ini membawa rahmah, pertengahan hari ini memberi nikmat dan akhirnya dipenuhi berkat.

Ya Allah indahkan pagi hari ini dengan syukur, ceriakanlah hati kami dengan senyuman, semoga kami dapat jalani hari ini dengan keikhlasan dan semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar.

Ya Allah jadikan pagi ini pembuka pintu rezeki dan kebarkahan, pintu kebaikan dan nikmat, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga bagi kami.

Ya Allah redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah kami cinta dan memerlukan Mu, bersihkanlah hati kami dengan kuasa-Mu. lindungilah rumah kami, keluarga kami dan orang2 yang kami sayangi.

Ya Allah sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa keatas setiap perkara.

Ya Allah jadikanlah kami berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang Engkau kurniakan kepada kami dan tambahkan pengetahuan yang berguna kepada kami.

Ya Allah peringatkan kami apa yang kami lupa.

Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak kami.

Ya Allah muliakanlah kami, bahagiakanlah kami, berkatilah setiap rezeki kami, berjayakanlah setiap kerjaya kami, kayakanlah kami dengan harta yang halal, kuatkanlah iman kami dan terimal

@kitabdoa 📚📚📚

t.me/kitabdoa/16957

Leave a comment