☆Tadabbur Kalamullah 5 Muharram 1442H☆
فَدَعَا رَبَّهُۥۤ أَنِّی مَغۡلُوبࣱ فَٱنتَصِرۡ
“Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!” [Surah al-Qamar 10]
#Ayat ini berkaitan kisah doa Nabi Nuh Alaihissalam kepada Allah sehingga menyebabkan kejadian banjir besar yang tersangat dahsyat. Nabi Nuh Alaihissalam berdoa dan merayu kepada Allah swt selepas 950 tahun berdakwah mengajak kaumnya beriman kepada Allah swt. Pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan dalam usaha dakwah baginda. Namun umatnya menolak, menuduhnya gila bahkan menyakitinya.
#Perlu kita fahami bahawa senjata para Nabi dan Rasul adalah doa. Itulah cara dan kaedah para Rasul menghadapi suasana yang genting, sukar dan menyedihkan. Pengaduan kepada Allah menjadi medan untuk beroleh ketenangan dan bantuan. Terdapat kenyataan daripada al-Quran dan hadis berkaitan doa para Nabi, rasul dan orang yang beriman:
وَلَمَّا بَرَزُوا۟ لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِۦ قَالُوا۟ رَبَّنَاۤ أَفۡرِغۡ عَلَیۡنَا صَبۡرࣰا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِینَ
“Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir” [Surah al-Baqarah 250]
قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِی عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡمُفۡسِدِینَ
Nabi Lut berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)” [Surah al-Ankabut 30]
فَخَرَجَ مِنۡهَا خَاۤىِٕفࣰا یَتَرَقَّبُۖ قَالَ رَبِّ نَجِّنِی مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ
Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim ” [Surah al-Qasas 21]
اللهم مُنْزِل الكتاب، ومجُرى السحاب، وهازم الأحزاب، اهزمهم وانصرنا عليهم
“Ya Allah, yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan ahzab, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka” (HR al-Bukhari dan Muslim)
اللهم اكفناهم بما شئت، وكيف شئت، إنك على ما تشاء قدير
“Ya Allah, cukupkanlah kami menghadapi mereka seperti yang Engkau kehendaki dan bagaimana yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk membuat sesuatu” (HR Abu Daud)
اللهم إنا نجعلك في نحورهم، ونعوذ بك من شرورهم
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menjadikan Engkau di leher muka mereka (agar kekuatan mereka tidak terpedaya dalam berhadapan dengan kami). Dan aku berlindung kepadaMu dari kejelekan mereka” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)
#Sebab itu dalam perjuangan, dakwah dan kehidupan seharian, sewajibnya banyakkan mengadu kepada Allah dengan berdoa disamping memohon pertolongan dalam setiap permasalahan kita.
♡Ikutilah sunnah para Nabi dan Rasul, iaitu sentiasalah berdoa dalam apa sahaja keperluan dan permasalahan kita, semoga kita sentiasa dibantu dan ditolong oleh Allah swt. InsyaAllah, aamiiin♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
