“Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor yang hebat.”
Lalu saya bertanya kepadanya,
“Jadi, kenapa awak menyertai sukan larian ini? Bukankah lebih baik awak mempersiapkan diri untuk mencapai impian awak untuk menjadi seorang doktor?”
Adik ini tersenyum dan berkata,
“Saya sememangnya sedang mempersiapkan diri saya. Untuk menjadi seorang doktor yang hebat, tidak cukup hanya sekadar mendapat nombor pertama dalam pendidikan.
Tetapi saya perlu struktur fizikal yang kuat untuk menjadi pemimpin yang berpengaruh, menginspirasikan orang sekeliling saya dan Insya Allah menjadi contoh yang baik buat mereka.”
Sejak dari kecil, dia memberitahu ibunya bahawa dia akan menjadi seorang doktor yang hebat dan untuk setiap dua hari dalam seminggu dia akan memberi rawatan percuma kepada orang ramai.
Ibunya bertanya,
“Jika begitu, semua orang akan datang pada dua hari tersebut, dan kamu tidak akan mempunyai pendapatan yang cukup?!”
Anak pintar ini menjawab,
“Bukankah Allah SWT berkata: Sesiapa yang melakukan amal soleh, akan diberi ganjaran sepuluh kali ganda daripadanya. Jadi saya akan mendapat ganjaran daripada Allah dengan lebih banyak lagi, Insya Allah.”
Ini adalah contoh pelajar yang cukup mengagumkan. Adam Marwan Abu Atiwi dari kelas lapan, salah seorang pelajar cemerlang dari Sekolah Malaysia.
Usia mudanya tidak menghalangnya untuk bertanding dalam perlumbaan sejauh 6 kilometer, sehingga dia mencapai cita-citanya sendiri dan memenangi pingat emas dan tempat pertama dalam perlumbaan 1,000 meter terakhir.
Matlamat hidupnya jelas, dan dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk menggapai impiannnya. Dan tugas kita adalah memberi sokongan kepadanya.
Tahniah, doktor wira. Sekolah Malaysia turut berbangga di atas semangat dan setiap pencapaian yang anda raih ❤️
Jom laburkan harta kita untuk anak-anak paling bijak dan berbakat di Gaza.
Boleh layari edu4gaza.com
#Education4Gaza
#FreeGaza
#FreePalestine
#CGM

t.me/cintagaza/1194