Salam ukhuwah,
Mengenali Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Ketika Isma ditubuhkan pada 7.7.1997, saya sedang menyambung pengajian di bidang kepakaran Obstetrik dan Ginekologi.
Saya hanya mula mengenali Isma sejak kembalian saya (NFG) dari UK dan Ireland pada 2001.
Saya hanya berjinak-jinak dengan NGO kerdil yang mempunyai ahli seramai 108 orang pada ketika itu kerana masih skeptikal dengan pelbagai perkara berkait dengannya.
Saya hanya mengisi borang Isma secara rasmi pada 2004 dengan nombor keahlian 404 dan NGO moderat ini berkembang perlahan-lahan sehingga memiliki seramai 1001 ahli ketika diumumkan pada AGM Isma 2007.
Objektif besar dakwah Isma mudah untuk difahami iaitu mengembalikan semula cara hidup Islam dalam masyarakat dan negara sehingga terbinanya tamaddun yang berasaskan tauhid.
Biar apa pun berita yang tersiar dan tersebar mengenai Isma, dakwah gerakan Islam moderat ini terus berkembang pesat dan tekad untuk gigih berkeringat membina tamaddun yang baharu.
Kini Isma mempunyai 40 buah cawangan di seluruh negara, 10 lagi di luar negara dan keahlian berdaftar sehingga 22hb Ogos 2020 yang berjumlah 65,000 orang dari seluruh cawangan, dalam dan luar negara.
Foto kenangan ini diambil bersempena dengan Mesyuarat Jawatan Kuasa Pusat (JKP) bersama para YDP cawangan-cawangan Isma. Purata usia mereka adalah sekitar awal 40’an.
Saya berdoa agar Allah SWT memberikan taufiq dan kekuatan agar kami dapat terus menyumbang kepada masyarat, negara dan umat sejagat bersama pencinta kebaikan dan kebenaran, walau di mana jua.
Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]
