‘Kenapa pendidikan juga penting buat anak Gaza?’
Mungkin ada yang mempunyai fikiran, kenapa perlu bagi bantuan pendidikan sedangkan mereka hidup dalam suasana perang dan negara bergolak.
Perlu kami jelaskan di sini, fikiran ini adalah salah.
Ya betul, mereka hidup dalam negara bergolak, bangunan dan rumah hancur, kehilangan nyawa insan tersayang.. namun mereka yang masih hidup masih terus dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Mak ayah bangun pagi, keluar mencari rezeki. Anak-anak pula ke sekolah menuntut ilmu. Sama sahaja seperti kita di sini, yang membezakan cuma ada ketika mereka akan diserang dan dibom Israel laknatullah.
Dalam usaha untuk keluar dari kemelut ini, kami percaya bahawa pendidikan merupakan jalan pembebasan dalam mendokong pembebasan Palestin. Generasi baru perlu dipimpin dengan landasan dan matlamat yang betul.
Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim juga ada menyatakan:
“Barangsiapa yang menghendaki kebaikan di dunia maka dengan ilmu. Barangsiapa yang menghendaki kebaikan di akhirat maka dengan ilmu. Barangsiapa yang menghendaki keduanya maka dengan ilmu.”
Setakat semalam kita sudah mengumpulkan sumbangan sebanyak RM54,347.40 untuk kempen pendidikan di Gaza.
Kempen pendidikan (fasa 2) pada kali ini terbahagi kepada dua pecahan iaitu wakaf fasiliti dan biasiswa pelajaran Sekolah Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari edu4gaza.com
#Education4Gaza
#FreeGaza
#FreePalestine
#CGM

t.me/cintagaza/1198