Balik dari ofis tadi Haikal tanya, “Do you like big cars and big houses?”
.
Saya pandang depan. Bawa kereta macam biasa. Saya kata those thing can give comfort. But having my own vegetable garden & fruit orchard would give me happiness.
.
Itu sayalah. Bahagia saya berbeza sikit. Orang lain mungkin ada pandangan lain. Tak apa.
.
Saya suka ada kebun buah, kebun sayur, rumah banyak pokok pokok. Kalau belakang rumah sungai lagi power.
.
Tok Wan saya pesan dulu buat rumah dalam tempat banyak pokok. Sejuk rumah. Jarang sakit.
.
Itu kata dia. Masa dia sebut ni saya kecil lagi. Cuma selalu tengok dia bercangkul. Biasalah bidak budak. Suka menyibuk.
.
Tapi bila dah tua lagi bangka baharulah saya faham apa maksud Tok Wan. Banyak pokok banyaklah oksigen.
.
Malah lebih dari itu lagi. Bukan sekadar oksigen. Pokok hidup dalam rukun komuniti. Saling bantu membantu.
.
Cuba baca buku Peter Wohlleben – The Hidden Life of Trees: What They Feel, How They Communicate―Discoveries from A Secret World. Bila dah baca kita akan appreciate sikit pokok pokok.
.
Dahsyat lagi kita akan rasa betapa kerdilnya kita. Aka rasa juga betapa besar dan hebatnya Allah yang mencipta.
.
#DrRizal

