UNDANG-UNDANG BUATAN MANUSIA UNTUK MENGUASAI DUNIAWI – zulsegamat

Undang2 duniawi ciptaan manusia bagi menggantikan undang2 Allah terbahagi kepada 2 jenis.

Jenis yang pertama… Unified Commercial Code (UCC – Kadangkala dikenali juga sebagai Maritime Laws).

Jenis yang kedua… The Law of the Land (Undang2 Civil).

Boleh tanya kepada mana2 lawyer (atau liar) tentang hal ini.

Sebuah kapal di lautan akan tertakluk kepada UCC. Apabila ia berlabuh di “berth” pelabuhan maka dikatakan kapal tersebut telah menjelma di daratan dan mesti mengajukan surat beranak kapal serta isi muatannya yang dipanggil “manifest”. Kemudiannya kapal dan isi muatannya tadi akan tertakluklah kepada The Law of the Land.

Camner? Got it?

Hal di atas adalah lebih kurang sama dengan diri kita. Sebaik sahaja kita dilahirkan, kita dikehendaki mendaftarkan diri kepada undang2. Lepas daftar, maka kita pun diberikanlah surat beranak dan seterusnya kad pengenalan (IC).

Semua hal2 duniawi kita akan di “tag” kepada makhluk “virtual” hasil pendaftaran diri kita ini. Sebarang perlanggaran undang2 juga di “tag” sama.

Maka jadilah kita harta negara yakni sejenis komoditi yang laku diperdagangkan. Komoditi inilah yang melayakkan sesebuah negara membuat pinjaman (loan). Pada mata sebuah negara, kita hanyalah setaraf dengan koko, getah, emas, minyak dan lain2 komoditi lagi. Istilah terhormat yang diberikan kepada kita ialah “Modal Insan”.

Di seluruh Dunia, semua negara2 dipaksa untuk menerima 2 perkara. Yang pertama… Sistem Demokrasi dan sistem2 pemerintahan yang sewaktu dengannya. Yang kedua… Sistem Kapitalis yakni perbankan riba serta instrumen2 harta/nilai yang sewaktu dengannya.

Untuk menguatkuasakan semuanya, satu watak telah diwujudkan… “The Black Pope”. Dia amat berkuasa. Dia mengawal sistem perbankan, semua persatuan2 berhuruf seperti CIA, FBI, NSA, SIS, MI6, Scotland Yard, Mossad, CSIS, DGSE, FSB, dll di bawah seliaan sebuah syarikat yang dinamakan Amerika Syarikat. Ahli2 lembaga pengarah syarikat ini terdiri daripada ahli2 Knesset Israel, Pope, Ketua EU, Ketua Keluarga Windsor, serta beberapa lagi makhluk yang saya tak sanggup nak namakan mereka di sini. Ejen2 dan askar khas serta elit di bawah kuasa “The Black Pope” digelar “The Jesuits”.

Ok la… cukup la dulu kot. Saya buat nukilan ni pun bukan apa… tapi ramai sangat dok bertanya kenapa saya tidak mahu mengundi. Maka, untuk kesekian kalinya… saya nyatakan… saya tidak suka kepada sistem demokrasi yang menjadi sebahagian daripada aksi2 menolak kekuasaan Allah seperti yang telah saya terangkan di atas.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Allahu’alam… Wassalam.

p/s: disertakan gambar wajah “The Black Pope” yang ke-30…. masih aktif semenjak perlantikan beliau pada 19 Januari 2008 hingga ke hari ini…

Undang2 duniawi ciptaan manusia bagi menggantikan undang2 Allah terbahagi kepada 2 jenis. Jenis yang pertama… Unified Commercial Code (UCC – Kadangkala dikenali juga sebagai Maritime Laws). Jenis yang kedua… The Law of the Land (Undang2 Civil). Boleh tanya kepada mana2 lawyer (atau liar) tentang hal ini. Sebuah kapal di lautan akan tertakluk kepada UCC. Apabila…
— Read on zulsegamat.wordpress.com/2018/01/27/undang-undang-buatan-manusia-untuk-memguasai-duniawi/

Leave a comment