☆Tadabbur Kalamullah 4 Muharram 1442H☆
إِذۡ تَسۡتَغِیثُونَ رَبَّكُمۡ فَٱسۡتَجَابَ لَكُمۡ أَنِّی مُمِدُّكُم بِأَلۡفࣲ مِّنَ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ مُرۡدِفِینَ * وَمَا جَعَلَهُ ٱللَّهُ إِلَّا بُشۡرَىٰ وَلِتَطۡمَىِٕنَّ بِهِۦ قُلُوبُكُمۡۚ وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِیزٌ حَكِیمٌ
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” [Surah al-Anfal 9-10]
#Daripada Sayidina Ibnu Abbas r.a berkata, telah menceritakan kepadaku Sayidina Umar bin al-Khatthab r.a:
“Pada hari perang Badar, Nabi saw memandang kepada para sahabatnya dan mereka terdiri dari tiga ratus orang lebih, memandang kepada orang-orang musyrik, ternyata mereka lebih dari seribu orang, maka Nabi menghadap kiblat dan baginda sawmemakai selendang dan sarung, kemudian baginda bersabda: “Ya Allah, penuhilah apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika sekelompok umat Islam ini binasa, nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selamanya”. Kata Sayidina Umar r.a lagi: “Rasulullah saw terus-menerus memohon pertolongan kepada Rabbnya dan berdoa kepadaNya sehingga selendangnya terjatuh dari bahunya, maka Sayidina Abu Bakar r.a mengambil selendang itu, lalu memakaikannya kepada Nabi saw dan mendekapnya dari belakang, lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, cukuplah permohonanmu kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia akan memenuhi apa yang telah dijanjikanNya kepadamu, lalu Allah menurunkan firmanNya sebagaimana ayat diatas”.
#Maka tatkala umat Islam dan golongan kuffar berhadapan bertembung dalam peperangan Badar, Allah swt mengalahkan orang-orang musyrik, golongan kuffar ini, di antara mereka ada 70 orang yang terbunuh dan 70 orang tertawan.
#Ketahuilah bahawa tentera-tentera yang mengalahkan kebatilan dan bersama dengan kebenaran bukan dari jenis yang tertentu sahaja, seperti senjata dan bukan gambaran yang luar biasa semata-mata tetapi sebenarnya merangkumi pelbagai cara samada yang tersurat atau yang tersirat seperti bantuan malaikat dan selainnya.
#Bagi para pejuang dan yang bekerja di lapangan dakwah Islam dan jihad untuk menegakkan kalimah Allah yang tertinggi, yakinilah dengan kukuh dan mendalam bahawa kemenangan adalah daripada Allah swt. Kisah pertolongan dan bantuan Allah yang dapat diketahui dan yang tidak dapat diketahui, semuanya menjana tenaga yang kuat dan keazaman yang kental, semangat yang membara dan kepahlawanan yang unggul kerana menjiwai ayat-ayat Allah ini.
فَلَمۡ تَقۡتُلُوهُمۡ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمۡۚ وَمَا رَمَیۡتَ إِذۡ رَمَیۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ وَلِیُبۡلِیَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ مِنۡهُ بَلَاۤءً حَسَنًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِیعٌ عَلِیمࣱ * ذَ ٰلِكُمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ مُوهِنُ كَیۡدِ ٱلۡكَـٰفِرِینَ
“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu), dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir” [Surah Al-Anfal 17-18]
♡Yakinilah bahawa Allah sentiasa membantu para pejuang agamaNya dengan pelbagai kaedah bantuan. Allah pasti memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin. Namun ingatlah bahawa kemenangan ini memerlukan masa yang panjang dan perlu menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Sentiasalah berdoa memohon pertolongan Allah swt♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
