Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan [8]
8. Keluar di awal pagi mencari rezeki dari sumber yang halal dan menjauhi segala sumber rezeki yang haram dan syubhat.
عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
(رواه أبو داود،٢٢٣٩)
Dari Shakhr Al Ghamidi, dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau mengucapkan:
“ALLAAHUMMA BAARIK LI UMMATII FII BUKUURIHAA (Ya Allah, berkatilah umatku di pagi hari mereka)
HR Abu Daud,2239
Waktu pagi adalah masa untuk mencari rezeki samaada nafkah mahupun ilmu pengetahuan. Oleh itu dimakruhkan tidur selepas solat subuh.
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah pun pernah berkata,
“Tidur setelah subuh mencegah rezeki, kerana waktu subuh adalah waktu mahluk mencari rezeki mereka dan waktu dibahagikan rezeki. Tidur setelah subuh suatu hal yang dilarang (makruh) kecuali ada penyebab atau keperluan.”
(Zadul Ma’ad)
Keberkatan rezeki diraih dari sumbernya yang bersih dan halal, dan tertegah dari sumber yang haram dan syubhat.
فَمَنْ يَأْخُذْ مَالًا بِحَقِّهِ يُبَارَكْ لَهُ فِيهِ وَمَنْ يَأْخُذْ مَالًا بِغَيْرِ حَقِّهِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ
“Maka barangsiapa yang mengambil harta yang menjadi haknya maka akan diberikan keberkatan kepadanya, Dan barangsiapa yang mengambil harta yang bukan menjadi haknya maka ia adalah seperti haiwan yang selalu makan dan tidak pernah merasa kenyang”.
HR Muslim,1742
Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ
“Sungguh akan datang kepada manusia suatu zaman, yang saat itu seseorang tidak peduli lagi dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari jalan halal ataukah yang haram”.
[HR. al-Bukhâri]
Oleh sebab itu, sedekah dari harta yang haram akan tertolak dan tidak diterima.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahwa Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا أَدَّيْتَ زَكَاةَ مَالِكَ فَقَدْ قَضَيْتَ مَا عَلَيْكَ، وَمَنْ جَمَعَ مَالًا حَرَامًا ثُمَّ تَصَدَّقَ مِنْهُ لَمْ يَكُنْ لَهُ فِيهِ أَجْرٌ وَكَانَ إِصْرُهُ عَلَيْهِ
‘Jika engkau telah menunaikan zakat hartamu maka engkau telah melaksanakan kewajiban dan barang siapa yang mengumpulkan harta dari jalan yang haram, kemudian dia menyedekahkan harta itu, maka sama sekali dia tidak akan memperoleh pahala, bahkan dosa akan menimpanya’.
[HR. Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibbân dalam Sahihnya]
Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu anhu bahawa Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ
Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah, sesungguhnya tidak akan masuk surga daging yang tumbuh dari makanan haram.
[HR. Ibn Hibban dalam Shahîhnya]
Dari Ka’ab bin ‘Ujrah Radhiyallahu anhu bahwa Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdabda :
يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ لاَ يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحتٍ إلاَّ كَانَتِ النَّارُ أَولَى بِهِ
Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah, tidaklah daging manusia tumbuh dari barang yang haram kecuali neraka lebih utama atasnya.
[HR. Tirmizi]
Dari Khaulah al-Anshâriyah Radhiyallahu anha bahwa Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
إِنَّ رِجَالًا يَتَخَوَّضُونَ فِي مَالِ اللَّهِ بِغَيْرِ حَقٍّ فَلَهُمْ النَّارُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Sesungguhnya ada sebahagian orang yang mengambil harta milik Allâh bukan dengan cara yang haq, sehingga mereka akan mendapatkan neraka pada hari Kiamat’
[HR. al-Bukhâri]
Diantara dosa besar yang dianggap remeh oleh sebahagian besar masyarakat adalah al-ghulûl. al-Ghulûl (الغلول) maksudnya mengambil sesuatu yang bukan miliknya dari harta bersama, atau memanfaatkan barang-barang dan peralatan pejabat tempat kerjanya untuk kepentingan peribadi atau keluarganya bukan untuk kepentingan umum. Kelakuan seperti ini termasuk suatu perbuatan yang zalim yang menghilangkan keberkatan dalam pekerjaannya.
وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
