PENYAKIT SARAF MATA GLAUKOMA

www.facebook.com/185816391438444/posts/3330682526951799/

PENYAKIT SARAF MATA GLAUKOMA

.

Glaukoma adalah sejenis penyakit saraf mata. Ianya menyebabkan medan penglihatan hilang sedikit demi sedikit, sehingga semua medan penglihatan hilang dan seterusnya mengakibatkan kebutaan yang kekal.

.

Glaukoma boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang berkait rapat dengan peningkatan risiko untuk mengidap glaukoma. Ini termasuklah tekanan pada bola mata yang melebihi tahap normal iaitu melebihi 22 mmHg (Hipertensi ocular).

.

Risiko ini boleh meningkat seiring umur. Faktor lain adalah mempunyai ahli keluarga yang menghidap glaukoma, pesakit migraine, penghidap rabuh jauh yang teruk, pesakit diabetes, penghidap tekanan darah tinggi atau rabun jauh yang teruk. Selain itu, pesakit yang mempunyai alahan pada mata dan mengambil steroid juga terdedah kepada ancaman glaukoma.

.

Terdapat dua jenis glaukoma iaitu Glaukoma Sudut Tertutup dan Glaukoma Sudut Terbuka.

.

GEJALA GLAUKOMA

.

1. Glaukoma Sudut Tertutup

.

1. Sakit pada bola mata

2. Kabur penglihatan mata yang yang mengalami glaukoma

3. Mata menjadi merah

4. Sakit kepala

5. Mual dan muntah

6. Tekanan bola mata yang meningkat

.

Peningkatan tekanan bola mata terjadi akibat daripada sistem pengaliran cecair dalam mata tersumbat. Kebanyakan pesakit yang mengidapi glukoma jenis ini mempunyai struktur dalaman mata yang berbeza dari struktur normal. Doktor mata boleh mengesan struktur yang tidak normal dengan melakukan pemeriksaan mata sebelum berlaku serangan glukoma akut agar rawatan pencegahan dapat dilakukan.

.

2. Glaukoma Sudut Terbuka

.

Glaukoma jenis sudut terbuka mengalami gejala kehilangan penglihatan secara perlahan dan tidak sakit yang mungkin tidak disedari oleh pesakit. Oleh itu saringan bagi mengesan glaukoma adalah penting terutama bagi seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi glaukoma.

.

1. Selalunya tiada tanda-tanda sehingga glaukoma di tahap yang serius.

2. Kehilangan penglihatan yang perlahan dan berterusan

3. Pengecutan medan penglihatan

4. Peningkatan tekanan bola mata

5. Peningkatan nisbah ‘cup disc’ (menunjukkan kerosakan pada saraf optik)

.

Tanpa rawatan yang berkesan, glaukoma menyebabkan kerosakan yang kekal pada saraf optik. Medan penglihatan pesakit akan mengecil sehingga ketahap seperti melihat melalui teropong atau sehingga buta kekal.

.

RAWATAN

.

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengekalkan penglihatan. Terdapat beberapa bentuk rawatan termasuk penggunaan ubatan, rawatan laser dan akhir sekali rawatan pembedahan. Rawatan membantu menurunkan tahap tekanan mata sama ada menggalakkan pengaliran cecair keluar dari bola mata atau mengurangkan pembentukan cecair oleh tisu mata.

.

Antaranya ialah ubat-ubatan iaitu ubat titis mata. Yang kedua ialah rawatan laser. Rawatan ini boleh dilakukan bagi glaukoma jenis sudut tertutup dan juga sudut terbuka. Bagi glaukoma sudut tertutup, laser sering dilakukan menghindarkan berlakunya serangan akut dengan melakukan lubang pada iris bagi menggalakan pengaliran cecair dalam bola mata. Bagi kes glaukoma sudut terbuka, laser dilakukan apabila ubatan tidak dapat mengawal tekanan mata.

.

Yang ketiga ialah rawatan pembedahan. Ini melibatkan penghasilan laluan alternatif untuk cecair keluar dari dalam bola mata. Ia sering dilakukan apabila rawatan dengan ubatan dan rawatan laser tidak lagi berkesan untuk mengawal tekanan mata pada tahap yang diperlukan.

.

PENCEGAHAN

.

Dengan rawatan yang berkesan,glaukoma boleh dikawal. Memandangkan kebanyakan pesakit glaukoma tidak merasai gejala glaukoma terutama jenis sudut terbuka, pemeriksaan mata untuk mengesan penyakit glaukoma, termasuk melakukan ujian seperti di atas adalah penting. Kaedah saringan merupakan langkah pencegahan yang berkesan bagi mengelakkan buta akibat penyakit glukoma.

.

#HealthDrZubaidi

GLAUKOMA EYE NERVE DISASE

.

Glaucoma is a type of eye nerve disease. It causes the vision field to disappear little by little, until all sight fields disappear and then result in permanent blindness.

.

Glaucoma can attack anyone. However, there are several factors closely related to increased risk to have glaucoma. This includes pressure on eyeballs that exceed normal levels which is above 22 mmHg (ocular hypertension).

.

This risk can increase as age. Another factor is that it has family members with glaucoma, migraine patients, bad remote abstainers, diabetes patients, high blood pressure or bad-myopic. In addition, patients who have allergies to the eye and take steroids are also exposed to glaucoma threats.

.

There are two types of glaucoma that are Closed Corner Glaucoma and Open Corner Glaucoma.

.

GLAUKOMA GLAUKOMA

.

1. Closed Angle Glaucoma

.

1. Pain in eye balls

2. Blurry eyesight that experience glaucoma

3. Eyes turn red

4. Headache

5. Nausea and vomiting

6. Increasing eyeball pressure

.

Increase eye ball pressure occurred due to a fluid flow system in clogged eyes. Most patients with this type of glucoma have different interior structures from normal structures. Eye doctors can detect abnormal structures by doing eye checks before acute glucoma attacks so that preventive treatment can be done.

.

2. Open Angle Glaucoma

.

Open angle glaucoma suffers symptoms of loss of vision slowly and unwellness that the patient may not realize. Therefore the screening to detect glaucoma is important especially for someone with family members who have glaucoma.

.

1. Always no signs of glaucoma at a serious level.

2. Loss of slow and continuous vision

3. Vision fields of sight

4. Increase eye ball pressure

5. Increase of ‘cup disc’ ratio (showing damage to optical nerves)

.

Without effective treatment, glaucoma causes permanent damage to optical nerves. The patient’s vision field will shrink to the end of the stage like looking through the binoculars or until the blind remains.

.

TREATMENT

.

The main purpose of treatment is to maintain vision. There are several forms of treatment including the use of medication, laser treatment and the end of surgery. Treatment helps reduce eye pressure level whether it promotes liquid flow out of eyeballs or reduces liquid formation by eye tissue.

.

Among them are medicines that are eye-drip medicine. The second one is laser treatment. This treatment can be done for closed corner type glaucoma and open angles. For closed angles glaucoma, lasers are often done to prevent acute attacks by doing holes in iris to play liquid flow in eyeballs. For open corner glaucoma cases, laser is done when medication can’t control eye pressure.

.

The third one is surgery treatment. This involves alternative route income to liquid out of eye balls. It’s often done when treatment with medication and laser treatment is no longer effective in controlling eye pressure at a necessary level.

.

PREVENTION

.

With effective treatment, glaucoma can be controlled. Since most glaucoma patients don’t feel the symptoms of glaucoma especially the type of open angle, eye checks to detect glaucoma diseases, including testing as above is important. Filtering method is an effective prevention step to avoid blindness from glucoma disease.

.

#HealthDrZubaidi

Leave a comment