Bangga dan Bodoh
DAP Sarawak dengan bangganya memberitahu orang ramai yang mereka telah menambah perkataan Cina ke atas tanda jalan di Fesbuk mereka. (1)
Saya telah lampirkan Seksyen 29(3) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Jelas tindakan ini salah dari segi undang-undang.
Denda dia kecil saja – RM500. (note: see edits below – Sarawak law is different and the fine is RM1,000.
Sebab denda dia kecil ialah kerana kamu mungkin merosakkan tanda itu secara tak sengaja. Mungkin sebab kemalangan.
Jadi faham sajalah bahawa undang-undang tidak boleh 100% mencegah perbuatan bodoh manusia.
Peace.
Edit: Jawi mereka bantah pulak walaupun itu arahan sah kerajaan Pahang. Best kan DAP?
Edit 2: komen Aldric Tinker Toyad – Saya tidak menyokong tindakan mencari publisiti murahan mereka, akan tetapi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 tidak digunapakai di Sarawak (dan Sabah).
Perkara 1(2) akta berkenaan menyatakan, “Akta ini hendaklah dipakai hanya di Semenanjung Malaysia.”
Sebaliknya mereka telah melanggar Perkara 103(3), Ordinan Kerajaan Tempatan 1996: Any person who destroys, pulls down, covers, conceals or defaces any such name or number or, without the written permission of the local authority, puts up any name or number different from the name or number put up, assigned or allocated by the local authority, shall be guilty of an offence: Penalty, a fine not exceeding one thousand ringgit.”
(Pautan: http://lawnet.sarawak.gov.my/lawnet_file/Ordinance/ORD_CAP.20%20%20watermark.pdf )
1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3308860169151795&id=851232598247910

