Other’s – 20 Ogos 1943 | Hari Ini Dalam Sejarah

JEPUN MENYERAHKAN NEGERI-NEGERI UTARA TANAH MELAYU KEPADA THAILAND

20 Ogos 1943 | Hari Ini Dalam Sejarah

.

1. Pada hari ini dalam tahun 1943, satu perjanjian telah ditandatangani di Bangkok, Thailand di antara Duta Jepun ke Thailand, Teiji Tsubukami dengan Perdana Menteri Thailand, Field Marshall Pibulsonggram.

.

2. Perjanjian ini adalah mengenai penyerahan negeri-negeri utara Tanah Melayu (Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis) serta dua Wilayah Shan, dari pihak pentadbiran Tentera Jepun kepada pihak Pentadbiran Tentera Thailand.

.

3. Penyerahan enam buah wilayah tersebut telah dilakukan kerana Jepun merasa terhutang budi kepada Thailand di atas bantuan sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Thailand dalam usahanya untuk menakluki Tanah Melayu.

.

4. Jepun juga pernah berjanji untuk menyerah kembali negeri-negeri Melayu dan dua wilayah Shan itu yang dahulunya kepunyaan Thailand kepada Kerajaan Thailand sekiranya Jepun diberi bantuan dan kerjasama dalam usaha-usaha penaklukan Tanah Melayu.

.

5. Perbincangan mengenai kedudukan wilayah-wilayah tersebut pertama kalinya telah diadakan pada 4 Julai 1943 di dalam satu pertemuan di antara Perdana Menteri Jepun, Jeneral Hideki Tojo dan Perdana Menteri Thailand, Field Marshall Pibulsonggram semasa Perdana Menteri Jepun itu melawat Thailand.

.

6. Berikutan itu satu perjanjian telah ditandatangani untuk menyerahkan enam buah wilayah (empat buah di utara Tanah Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis; dan dua buah wilayah Shan, Selatan Thailand); kepada Pentadbiran Tentera Thailand.

.

7. Mengikut perjanjian yang ditandatangani itu terdapat enam fasal yang telah dipersetujui:

FASAL 1: Jepun mengakui wilayah-wilayah Thailand seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis termasuk pulau-pulaunya dipunyai oleh negeri tersebut.

FASAL 2: Jepun juga mengakui wilayah-wilayah Shan iaitu Kentung dan Mongpan kepunyaan Thailand.

FASAL 3: Jepun akan menyerahkan pentadbiran di dalam wilayah-wilayah tersebut dalam masa 60 hari tarikh perjanjian itu dibuat.

FASAL 4: Sempadan wilayah-wilayah di dalam Fasal 1 dan 2 adalah mengikut sempadan negeri-negeri itu sebagaimana pada tarikh perjanjian itu ditandatangani.

FASAL 5: Perkara-perkara detail untuk pelaksanaan Perjanjian itu akan ditentukan melalui tolak-ansur atau nasihat-nasihat di antara kedua-dua negeri itu.

FASAL 6: Perjanjian itu akan diikuti oleh satu rombongan yang akan menandatangani tarikh penyerahan wilayah-wilayah tersebut.

8. Mulai daripada 18 Oktober 1943 secara rasminya negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis telah diletakkan di bawah kawalan Pentadbiran Tentera Thailand yang berpusat di Alor Setar, Kedah.

.

9. Walau bagaimanapun, pihak Jepun masih lagi mempunyai kuasa di bidang ketenteraan, serta berhak untuk mengambil pemuda-pemuda Melayu untuk berkhidmat di dalam pasukan Tentera Jepun.

.

10. Negeri-negeri Utara Tanah Melayu telah dikuasai oleh pentadbiran Tentera Thailand selama dua tahun. Dengan kekalahan Jepun di tangan pihak Berikat dan penyerahan kuasa tentera Jepun kepada Tentera Inggeris di Tanah Melayu pada akhir tahun 1945 maka berakhirnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Dengan tidak secara langsung Negeri-negeri Utara Tanah Melayu kembali semula jatuh ke tangan penjajahan Inggeris.

.

*****

.

Betul ke sejarah-sejarah yang kita dengar selama ini? Klik

t.me/BetulkeSejarah

.

#sejarah #itu #menyeronokkan

#hebatnya #bangsaku

JAPAN SURRENDERING THE NORTH STATE OF MALAY LAND TO THAILAND

August 20, 1943 | Today In History

.

1. On this day in 1943, a deal was signed in Bangkok, Thailand between Japanese Ambassador to Thailand, Teiji Tsubukami and Thailand Prime Minister, Field Marshall Pibulsonggram.

.

2. This agreement is about the submission of the northern states of Malay Land (Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis) as well as two Shan Regions, from the Japanese Army administration to the Thai Army Administration.

.

3. The submission of six territories was done as Japan felt indebted to Thailand for the support and cooperation that Thailand had given in his efforts to conquer the Malay Land.

.

4. Japan has also promised to surrender the Malay states and two Shan regions that were once possessed by Thailand to the Thai Government if Japan was given help and cooperation in the efforts of the Malay Land conquest.

.

5. Discussion on the ranking of the region was first held on 4 July 1943 in a meeting between the Prime Minister of Japan General Hideki Tojo and Thailand Prime Minister, Field Marshall Pibulsonggram when the Japanese Prime Minister visited Thailand …

.

6. Following that a deal was signed to submit six provinces (four pieces in the north of Malay Land which is Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis; and two territories of Shan, South Thailand); to the Thai Army Administration.

.

7. According to the signed deal there are six things that have been agreed:

FASAL 1: Japan admits Thailand regions like Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis including its islands owned by the state.

FASAL 2: Japan also recognizes Shan territory which is Thailand’s Kentung and Mongpan.

FASAL 3: Japan will submit administration in those regions within 60 days of the date of the deal was made.

FAST 4: The border of the territory in Fasal 1 and 2 is according to the border of the states as the date of the deal was signed.

FASAL 5: The detailing matters for the implementation of the Agreement will be determined through tolerance or advice between the two states.

FASAL 6: The agreement will be followed by a group that will sign the date of submission of the territory.

8. Starting from October 18, 1943 officially Kelantan, Kedah, Terengganu and Perlis have been placed under the control of the Thai Military Administration based in Alor Setar, Kedah.

.

9. However, Japanese still have power in military field, and have the right to take Malay youth to serve in Japanese Army teams.

.

10. The North States of Malay Land have been mastered by the Thai Army administration for two years. With Japanese defeat in the hands of the Allied and the submission of Japanese military forces to the English Army in Malay Land in the end of 1945 the Japanese occupation ended in the Malay Land. With not lively the North State of Malay Land is back again falling into the hands of English colonization.

.

*****

.

Is it true the history we’ve heard during this time? Clicks

t.me/BetulkeSejarah

.

#sejarah #itu #menyeronokkan

#hebatnya #bangsaku

www.facebook.com/1438625428/posts/10217489311571539/

Leave a comment