☆Tadabbur Kalamullah 1
Muharram 1442H☆
وَمَن یُهَاجِرۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ یَجِدۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ مُرَ ٰغَمࣰا كَثِیرࣰا وَسَعَةࣰۚ
“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur…” [Surah an-Nisa’ 100]
#Dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim, Imam Ibnu Kathir berkata: “Ini merupakan galakan dan saranan supaya berhijrah di samping menjarakkan dari musuh Allah dari kalangan musyrikin. Orang yang beriman di mana sahaja dia berada sudah pasti memperolehi tempat perlindungan”.
#Orang yang berhijrah demi membela dan menegakkan Islam, sentiasa dalam rahmat, pembelaan dan perlindungan Allah swt.
وَكَانَ حَقًّا عَلَیۡنَا نَصۡرُ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ
“Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman” [Surah ar-Rum 47]
إِنَّ ٱللَّهَ یُدَ ٰفِعُ عَنِ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ۗ
“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman..” [Surah al-Hajj 38]
#Allah swt menjamin rezeki dan nikmat yang melimpah ruah bagi orang yang berhijrah.
وَٱلَّذِینَ هَاجَرُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوۤا۟ أَوۡ مَاتُوا۟ لَیَرۡزُقَنَّهُمُ ٱللَّهُ رِزۡقًا حَسَنࣰاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهُوَ خَیۡرُ ٱلرَّ ٰزِقِینَ
“Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia” [Surah Al-Hajj 58]
#Ingatlah bahawa rezeki dari Allah tidak terbatas pada harta benda dunia sahaja. Namun, rezeki yang abadi di akhirat itu jauh lebih penting dan mulia.
♡Hijrah membawa kejayaan dan kemenangan. Berusahalah agar kita mampu meraih semangat hijrah dalam memburu kemenangan dan kejayaan dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini serta di akhirat kelak♡
🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah
Facebook:
