Other’s – LUBANG HITAM SUPERMASIF YANG MENYINAR SETIAP 9 JAM

LUBANG HITAM SUPERMASIF YANG MENYINAR SETIAP 9 JAM

Ahli astronomi baru-baru ini menemui lubang hitam supermasif yang bersinar setiap 9 jam di pusat galaksi. Tindakan luar biasa lubang hitam ini membuat para astronom tertanya-tanya dan cuba mengungkap fakta secara ilmiah.

Lubang hitam ini di pusat galaksi GSN 069, yang berjarak sekitar 250 juta tahun cahaya, diketahui terus mengirimkan aliran sinar-X terang ke Bumi setiap 9 jam.

Dilaporkan dari Live Science, lubang hitam supermasif ini aktif dan menelan banyak cahaya ketika memanaskan dan memancarkan cahaya.

Sebelumnya pada tahun 2018, para astronomi telah membuat pemerhatian pada lubang hitam supermasif menggunakan teleskop XMM-Newton.

Berdasarkan penelitian, diungkapkan bahawa pada setiap puncak siklus 9 jam, lubang hitam GSN 069 ini menjadi 100 kali lebih terang jika dibandingkan dengan spektrum sinar-X.

Penemuan ini sangat berbeza dari sifat lubang hitam. Oleh itu, Giovanni Miniutti, ahli astronomi di Pusat Astrobiologi Sepanyol kagum dan tidak mempercayai penemuan ini. “Lubang hitam supermasif ini secara berkala berkelip seperti lilin dan berulang secara teratur,” katanya.

Malangnya, masih belum ada penjelasan saintifik rasmi untuk fenomena lubang hitam supermasif ini.

Walau bagaimanapun, fenomena ini dikatakan disebabkan oleh ketidakstabilan pada cakera penambahan, cincin bahan yang mengelilingi lubang hitam supermasif ini.

Pendapat lain menyatakan bahawa terdapat gangguan dari lubang hitam lain di lokasi yang mengganggu lubang hitam supermasif ini.

Masih menjadi misteri, hingga kini masih belum ada jawapan mengenai lubang hitam supermasif ini yang bersinar setiap 9 jam.

#AndreiBlomqvist
#c/p..Bahar🇲🇾

Leave a comment