Other’s – GERBANG KE DUNIA LAIN YANG DIPERCAYAI KAUM MAYA

GERBANG KE DUNIA LAIN YANG DIPERCAYAI KAUM MAYA

Actun Tunichil Muknal adalah sebuah gua di Belize, Amerika Tengah, yang digunakan oleh peradaban Maya sebagai ‘gerbang’ ke dunia bawah yang dikenali sebagai Xibalba dalam mitologi Maya. Gua itu digunakan sebagai tempat ritual orang Maya.

Peliknya, anda dapat melihat mayat mangsa manusia dari pelbagai peringkat usia, dari bayi hingga dewasa. Dianggarkan bahawa sisa-sisa rangka manusia di sana berusia sekitar 1.200 tahun.

Mengenai proses cara untuk ke alam lain, badannya dibaringkan di lantai gua, kemudian kepalanya dipukul dengan kasar sehingga terdengar bunyi ‘kriuk kriuk’ dari tengkorak hingga terdengar bergema di seluruh gua.

Kemudian tembikar yang telah disediakan akan dipecahkan untuk memberi akses VIP kepada mangsa ke dunia bawah alias Xibalba melalui program fastrack.

Xibalba adalah rumah bagi 12 iblis dan tentera mereka yang bertanggung jawab atas kematian, penyakit, kelaparan, kesakitan dan kemiskinan. Orang Maya melakukan pengorbanan manusia dengan tujuan untuk menjaga 12 iblis tetap tenang dan tidak mengganggu kehidupan duniawi yang memanjakan.

#AndreiBlomqvist..#c/p..Bahar🇲🇾

Leave a comment