APA ITU PROBIOTIK?
Probiotik adalah kuman bakteria baik yang melapisi dinding dalam usus kita dan membantu dalam sistem penghadaman dan penyerapan nutrisi daripada makanan dan membantu dalam melawan jangkitan kuman jahat atau pathogenik. Berdasarkan laporan kajian sains , jumlah bakteria didalam usus adalah sama dengan jumlah sel-sel dalam tubuh manusia.
Oleh itu fungsi dan tugasnya adalah amat penting kepada fungsi fisiologi tubuh manusia.
Berdasarkan definasi Mayo Clinic, probiotik adalah bakteria baik yang sama atau sangat serupa dengan bakteria yang hidup dalam usus manusia. Menurut Cleveland Clinic pula, probiotik adalah bakteria dan yis yang di panggil mikroorganisma baik kerana ia memberikan manfaat kepada tubuh manusia terutamanya sistem penghadaman.
Menurut National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH) , probiotik adalah mikroorganisma hidup yang serupa dengan mikroorganisma yang berfaedah yang hidup dalam usus manusia. NCCIH juga menegaskan bahawa kita selalu salah sangka dengan menganggap bakteria merbahaya kepada kesihatan sedangkan hakikatnya probiotik adalah contoh bakteria yang sangat penting untuk kesihatan yang baik.
Kulit kita dan sistem penghadaman kita menjadi tempat tinggal kepada lebih 2000 jenis bakteria.
Kajian menunjukkan probiotik ini mempunyai faedah kesihatan terbukti efektif untuk:
• Menyokong fungsi sistem imuniti yang kuat
• Mengurangkan masalah keradangan terutama dalam usus
• Menggalakkan penghadaman yang lebih sempurna dan sihat
• Mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit
Probiotik akan bertindak dengan lebih baik jika di berikan sekali dengan prebiotik iaitu makanan kepada bakteria probiotik ini.
Bakteria baik probiotik ini bertanggungjawab untuk fungsi tubuh seperti berikut:
• Penghasilan vitamin B12
• Penghasilan Butyrate
• Penghasilan Vitamin K2
• Mengawal pembiakan kuman jahat pathogenic dalam usus
• Meransang rembesan Immunoglobulin A (IgA) dan sel T (regulatory T cells) yang penting untuk menyokong fungsi imuniti tubuh
Kuman probiotik ini sudah ada dalam system usus dan kulit kita sejak dilahirkan semasa proses kelahiran melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran yang normal melalui vagina ibu. Bayi terdedah pertama kalinya dengan kuman baik probiotik yang hidup dalam saluran peranakan ibu dan juga kulit ibunya. Ini akan mencetuskan rantaian pembiakan berterusan probiotik untuk seterusnya dalam kehidupan bayu tersebut. Susu ibu pula kaya dengan prebiotic yang akan menjamin makanan berterusan kepada probiotik untuk berkembangbiak.
Oleh itu amat penting untuk bayi ini di susukan oleh ibunya sehingga umur 2 tahun untuk meastikan perkembangan system imuniti tubuh yang sempurna dan kuat. Oleh kerana itu bayi yang dilahirkan secara pembedahan Caesarian tidak dapat melalui proses ini dan ia akan mengganggu populasi probiotik dalam usus mereka. Kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan secara pembedahan memerlukan rawatan gantian probiotik yang khusus supaya mereka mendapat faedah probiotik dan sistem imuniti tubuh yang lebih sihat apabila membesar.
Sejarahnya, manusia mendapat probiotik daripada makanan yang di makan segar dari ladang dengan tanah yang subur dan juga dengan makanan yang diperam (fermented) seperti yogurt, budu, kicap, belacan, cencalok, tempe, kimchi dan sebagainya.
Lebih satu abad yang lalu, seorang saintis dari Russia yang telah dianugerahkan hadiah Nobel iaitu Dr Elie Metchnikoff telah membuat satu teori iaitu “Kesihatan boleh di tingkatkan dan masalah nyanyuk (senility) di lambatkan dengan memanipulasi bakteria atau mikrobiom usus dengan mengambil bakteria baik dalam dadih (yogurt)”.
Teori Metchnikoff ini adalah jauh ke depan berbanding masa beliau dan telah terbukti sekarang dengan pelbagai kajian saintifik yang ada.
Masyarakat zaman moden sekarang makan makanan yang rendah probiotik kerana adanya peti sejuk (fridge) yang menyebabkan makanan tidak lagi perlu di peram dan makanan segar terus dari ladang sukar didapati. Praktis pertanian moden yang banyak menggunakan air berklorin untuk merendam sayur-sayuran dan buah-buahan menyebabkan makanan kita terlalu ‘suci-kuman’ (sanitized). Yang lebih parah lagi, makanan haiwan ternak pula di tambah dengan antibiotik untuk tujuan menggemukkan dan ini akan membunuh kuman-kuman baik yang ada dalam usus apabila di makan. Di sinilah kepentingan masyarakat kita mengambil suplemen probiotik untuk membantu mengatasi kekurangan daripada makanan ini.
Usus kita mengandungi kedua-dua jenis kuman baik probiotik dan kuman jahat pathogenik dengan nisbah keseimbangan yang betul. Pakar penghadaman telah membuat kajian dan memberikan anggaran bahawa 85% bakteria baik probiotik perlu ada dalam usus dan hanya 15% bakteria jahat pathogenik untuk mendapat keseimbangan yang baik untuk mengekalkan kesihatan.
Apabila nisbah keseimbangan bakteria dalam usus ini terganggu maka keadaan itu di panggil sebagai ‘disbiosis’. Keadaan disbiosis ini adalah berlakunya ketidakseimbangan kuman dalam usus dengan berlebihan populasi kulat, yis dan bakteria yang menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan tubuh manusia.
Dengan pengambilan makanan kaya dengan probiotik atau mengambil suplemen probiotik secukupnya kita boleh menyeimbangkan semula nisbah kuman usus dengan nisbah keseimbangan yang lebih sihat.
Kita perlu faham bahawa konsep kuman baik probiotik bukanlah idea yang baru kerana sepanjang sejarah manusia memang telah makan makanan yang kaya dengan probiotik sejak beribu-ribu tahun iaitu makanan yang diperam atau di tapaikan untuk mengelakkan makanan menjadi busuk dan ianya boleh disimpan untuk di makan kemudian hari. Oleh kerana manusia zaman moden telah mencipta peti sejuk, maka kaedah ini telah semakin dilupakan dan manusia zxaman sekarang mengambil terlalu banyak makanan segera dan makanan proses yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
#DrNormanNorawi
#probiotik
#kongsibersama
WHAT IS PROBIOTIC?
Probiotic is a good bacterial germs that cover the wall in our intestines and help in the digestive system and nutrition absorption from food and help in fighting against evil or pathogenic germs infection. Based on the science study report, the amount of bacteria in the gut is the same as the number of cells in the human body.
Therefore the function and duty are very important to the physiological function of the human body.
Based on the Mayo Clinic definition, probiotic is a bacteria that is the same or very similar to bacteria living in the human gut. According to Cleveland Clinic, probiotic is bacteria and yeast called microorganisms are good because it benefits the human body especially the digestive system.
According to the National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH), probiotic is a living microorganism similar to the beneficial microorganisms living in the human intestine. NCCIH also insists that we are always misunderstood by considering bacteria dangerous to health while probiotic is an example of bacteria that is very important for good health.
Our skin and our digestion system become the residence of more than 2000 bacteria.
Study shows that this probiotic has health benefits proven to be effective for:
• Supporting strong immunity system function
• Reduces inflammation problems especially in the intestines
• Encourage more perfect and healthy digestion
• Maintain beauty and skin health
Probiotic will act better if given with prebiotic which is food to these probiotic bacteria.
These probiotic good bacteria are responsible for the following body functions:
• The production of vitamin B12
• Butyrate Income
• Vitamin K2 Income
• Controls pathogenic evil germs breeding in the intestines
• Meransang rembesan Immunoglobulin A (IgA) and T cells (regulatory T cells) that are important to support the immunity function of the body
This probiotic germs have been in our intestine and skin system since we were born during the birth process through the breed of breed in a normal birth process through the mother’s v Baby is exposed to the first time with good germs probiotic living in the mother’s breed channel and also her mother’s skin This will spark a chain of continuous breeding probiotic for the next in the wind life. Mother’s milk is rich with prebiotic that will guarantee continuous food to probiotic to grow.
It’s so important for this baby to be suspected by her mother until 2 years old to ensure the development of the perfect and strong immunity system. Therefore Caesarian surgery born babies can’t go through this process and it will disrupt the probiotic population in their gut. Study shows babies born in surgery need special probiotic replacement treatment so they can benefit probiotic and healthier immune system when growing up.
History, humans get probiotic from food that is eaten fresh from the farm with fertile soil and also with fermented food such as yogurt, budu, soy sauce, belacan, cencalok, tempe, kimchi and others.
More than a century ago, a scientist from Russia who was awarded the Nobel prize, Dr Elie Metchnikoff has made a theory that is ′′ Health can be improved and senile problem (senility) is slowed down by manipulating bacteria or gut microbiome by taking bacteria well in the yogurt ( yogurt) “.
This Metchnikoff theory is far ahead compared to his time and has been proven now with various scientific studies.
Modern times people are now eating low probiotic food due to refrigerator (fridge) which causes food to no longer be stimulated and fresh food straight from the farm is unavailable. Practical modern agriculture that uses chlorine water to soak vegetables and fruits cause our food to be too ‘holy-germs’ (sanitized). Even worse, livestock is added with antibiotics for the purpose of nourishing and this will kill the good germs that are in the intestines when eaten. This is where our community’s interests take probiotic supplements to help overcome the shortcomings of these foods.
Our intestines contain both types of good germs probiotic and pathogenic evil germs with the correct balance ratio. Digestive experts have made a study and give an estimate that 85 % of good bacteria probiotic needs to be in the intestines and only 15 % of pathogenic evil bacteria to get a good balance to maintain health.
When the ratio of bacteria in the intestines is disturbed then the situation is called ‘disbiosis’. The situation of this disbosis is the imbalance of germs in the intestines with the excessive population of fungi, yeast and bacteria that causes negative effects on the human body
With rich food intake with probiotic or taking probiotic supplements enough we can balance the ratio of intestine germs with a healthier balance ratio.
We need to understand that the concept of good germs probiotic isn’t a new idea because throughout the history of human beings has been eating food that is rich with probiotic for thousands of years which is fermented food or being asked to avoid food from being rotten and it can be kept to eat later in the day … Since modern age human beings have created refrigerator, this method has been increasingly forgotten and today’s human beings are taking too much fast food and process food that causes a variety of health problems.
#DrNormanNorawi
#probiotik
#kongsibersama

