Islamic – NASIHAT BUAT KEBAIKAN

بـــــــــــسماللـــــــهالرحمـــــنالرحـــــــيم

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

NASIHAT BUAT KEBAIKAN

Nasihat dan teguran itu walaupun kadang kadang mungkin nampak biasa saja pada pandangan kita…

Nasihat ini adalah cukup bermakna dan berharga apabila nasihat itu menusuk ke hati kita dan diberikan Allah taufik serta hidayah dalam dapat melakukan dan beramal dengan nasihat dan teguran tersebut…

Sucikanlah dalam niatmu dan berkongsilah apa yang telah Allah anugerahkan kepadamu!

Sehingga dengan demikian hartamu tidak akan berkurangan, tetapi akan semakin bertambah. Bahkan engkau pun akan hairan hal itu.

Ketika aku memberi nasihat, sesungguhnya pertama sekali aku memberi nasihat untuk diriku sendiri dan juga buat mu sahabat yang mana mahu menerimanya…

Nasihat itu pada hakikatnya berat.

Bila dipandang kosong, terasa nasihat itu ibarat pasir dalam mulut. Namun, jika dipandang dengan mata hati, nasihat itu ibarat madu yang manis mencecah di lidah.

Dalam perjalanan menuju sesuatu langkah pentas dunia sementara ini semuanya adalah bentuk adalah ujian semata2 samada kita sentiasa menikmati dengan syukur atau kufur….

Hakikat pujian dan kritikan tak kan lepas dari senibina diri untuk menjadi seorang insan cemerlang.

Yang memuji dan mengkritik itu biasa sudah lumrah resamnya dunia jadikan sebagai motivasi diri…

Jika kita dipuji, kembalikan pada Yang Maha Esa. Ianya pinjaman sementara.

Jika kita dikritik terimalah sebagai pengajaran kerana amat baik untuk kita mengubah diri kita…

Bersyukurlah bila ada sahabat yang suka menegur kita.

Bersyukurlah bila ada orang2 yang memerhati perlakuan kita.

Bersyukurlah…

Kerana orang yang beriman tidak akan pernah ‘kenyang’ dengan nasihat.

Bersyukurlah, bukan semua orang gigih nak tegur kita, bukan semua orang mampu memberanikan diri tegur kita.

Ingatlah…

Nasihat-menasihati itu tanda cinta seorang sahabat kepada kita…

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin يارب

https://t.me/agama_mu 🕌

t.me/agama_mu/6256

Leave a comment