بـــــــــــسماللـــــــهالرحمـــــنالرحـــــــيم
KALIMAH YANG RINGAN TAPI BERAT TIMBANGAN PAHALA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda:
“Dua kalimat yang ringan diucapkan tetapi berat timbangannya dan disenangi oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Yang Maha Agung.”
(HR Muslim No: 4860) Status: Sahih
PENGAJARAN:
1. Sebagai Muslim, kita dituntut memperbanyakkan zikir untuk memperingati Allah.
2. Dua kalimah tasbih yang ringan diucapkan tetapi berat timbangannya dan disenangi oleh Allah iaitu
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
3. Kalimah tasbih yang menghapuskan dosa sebanyak buih dilaut.
مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
“Siapa yang mengucapkan: Subhanallahi wabihamdihi (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, maka dihapuskan segala kesalahan (dosa)nya walaupun sebanyak buih dilaut.”
(Muttafaq ‘alaih)
