Akan pertemuan kita dengan Allah SWT..
Perbaiki solatmu,
maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu,
maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu,
maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu,
maka Allah akan bahagiakan hidupmu.
Cara menjaga solat waktu :
1 – Buat solat taubat ..
2 – Solat diawal waktu ..
3 – Qada solat jika tertinggal ..
4 – Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa ..
5 – Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan ..
6 – lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya ..
Masukkan 5 perkara dalam hati kita :
1 – Rasa ingin dekat dengan Allah ..
2 – Rasa ingin diampuni Allah ..
3 – Rasa ingin dibersihkan ..
4 – Rasa ingin diangkat darjat ..
5 – Rasa ingin diubah tabiat ..
KESIMPULAN :
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah
“Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga”.
Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita..
Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.
Alhamdulillah ♥️
