Dah makin ramai rakan telegram.
Untuk followers baru, saya kenalkan diri sikit.
Nama saya Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, anak kelahiran Edinburgh, Scotland. Masa tu Abi tengah buat MA di University of Edinburgh.
Saya dibesarkan di Bandar Baru Bangi, mendapat pendidikan awal di SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi, kemudian ke SAM Batu 10, Cheras (SAMTEN) seterusnya ke SAM Bestari JAIS USJ (SAMBEST).
Saya menghabiskan matrikulasi di Pusat Asasi Sains UM (PASUM) kemudian ke menara gading di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Sains Marin.
Di Sabah, saya terlibat secara aktif dalam NGO Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan pernah menjadi Timbalan Presiden. Jami banyak membangunkan remaja, mendekati muallaf dan melakukan program kebajikan.
Dalam kerja kemanusiaan di Sabah, saya menyedari kepincangan dan kekurangan saya dalam bidang agama lalu mengambil keputusan menyambung pengajian agama di Syria pada tahun 2011.
Hari pertama saya sampai, terus terletus demonstrasi dan perang, tapi saya bukan punca tau! Hehe
Sampailah setahun setengah di sana, kami dinasihatkan pulang, dan setelah 3,4 bulan di Malaysia berkempen untuk Syria melalui platform Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) saya memilih pula ke Gaza bagi menyiapkan ijazah kedua dalam Syariah.
Maka sekarang saya sudah hampir 6 tahun berada di Gaza, dan merupakan pelajar Malaysia pertama dan tunggal di Gaza. Rakyat Malaysia pun saya seorang sahaja di Gaza.
Tahun 2016 saya berkahwin dengan seorang balu syahid yang mempunyai 5 orang anak menjadikan saya seorang ayah ‘instant’.
Tahun 2019, penduduk Malaysia di Gaza jadi dua orang. Seorang lagi namanya Haura’ Al-Jinan, anak Malaysia pertama lahir di Palestin yang dah masuk 4 bulan 👶 Anak sayalah tu 😆
Saya adalah pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan merupakan aktivis kemanusiaan di Gaza dan negara-negara lain.
Ok, cukuplah pasal saya.
Kalian yang membaca ni kenal saya dari mana?

My Note : He is young, dedicated and humble guy…

