Health – KEKURANGAN MINERAL BOLEH MENYEBABKAN RASA KEBAS

KEKURANGAN MINERAL BOLEH MENYEBABKAN RASA KEBAS

“Salam doktor. saya ingin bertanya. Pemeriksaan darah baru-baru ini menunjukkan saya mengalami kekurangan potassium. Doktor memberitahu ginjal saya tidak berfungsi dengan baik. Adakah ia boleh menyebabkan rasa berasa kebas? Mohon pencerahan. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, natrium atau di dalam badan boleh menyebabkan rasa kebas.

Isyarat yang dibawa oleh saraf dihantar memerlukan mineral sodium (natrium), potassium (kalium) dan kasium. Apabila seorang individu ini tidak cukup tahap mineral-mineral tersebut dalam tubuh, ia akan menyebabkan isyarat yang dibawa ditafsirkan secara rambang. Ini menyebabkan sentuhan yang ringan pada kulit, menyebabkan otak kita menerima isyarat yang dibawa sebagai rasa mencucuk-cucuk.

Seorang pesakit ada berjumpa saya kerana mengadu hujung jari tangannya agak kebas. Setiap kali tersentuh kain pakaiannya beliau akan merasa seperti dicucuk jarum. Pemeriksaan darah bagi menguji tahap mineral menunjukkan beliau mengalami kekurangan mineral potassium, akibat ginjalnya tidak berfungsi dengan baik.

Apabila ginjal bermasalah, penyerapan semula mineral ini dari air

kencing tidak berjlan dengan lancar. Banyak mineral tidak dapat diserap semula dan keluar melalui air kencing. Ini menyebabkan kandungan mineral dalam tubuh tersebut menjadi rendah. Jika pesakit tidak mengambil makanan yang mengandungi banyak mineral, atau mineral air mineral secukupnya atau tidak mengambil suplemen mineral yang dibekalkan oleh doctor, pesakit akan mengalami rasa kebas, terutama di bahagian hujung jari kaki dan tangan.

#HealthDrZubaidi

MINERAL LACKS CAN DUE TO NUMB

′′ Greetings doctor. I want to ask. Blood check recently shows I’m experiencing potassium deficiency. Doctor says my kidneys aren’t working well. Can this cause feeling numb? Please enlighten me. Thank you ′′

Peace be upon you mus greetings

Minerals such as calcium, potassium, sodium or in the body can cause numbness.

Signals brought by nerves are sent require sodium minerals (sodium), potassium (potassium) and kasium. When an individual doesn’t have enough levels of those minerals in the body, it will cause the signal that is brought to be interpreted. This causes a light touch to the skin, causing our brain to receive the signal that is brought to poke.

A patient has met me complaining about his fingertips being quite numb. Every time she gets touched by her clothes she feels like she’s in a needle. Blood examination to test mineral levels shows that he has a lack of potassium minerals, due to his kidneys not working well

When kidneys are problematic, the absorption of these minerals from water

peeing doesn’t go smoothly. Many minerals can’t be absorbed and come out through urine. This causes mineral content in the body to be low. If the patient doesn’t take food that contains many minerals, or mineral water minerals enough or doesn’t take the mineral supplement provided by the doctor, the patient will experience numbness, especially at the end of the toes and hands

#HealthDrZubaidi

www.facebook.com/185816391438444/posts/3321579624528756/

Leave a comment