Other’s – KALAU BERANI, CUBALAH….

KALAU BERANI, CUBALAH….

Oleh : Anuar Ahmad

Anda tentu masih ingat kisah penentangan Dong Zong terhadap usaha memperkenalkan tulisan khat Jawi di dalam buku Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah rendah Jenis Kebangsaan tahun lepas? Hanya kerana tiga muka surat, riuh satu Malaysia kan?

Tapi jangan kita ingat isu bantahan Dong Zong terhadap tulisan Jawi ini adalah yang paling besar dalam sejarah pendidikan negara. Isu ini kecil sahaja berbanding apa yang pernah berlaku pada tahun 1961.

Kisah pada tahun 1961 jauh lebih besar.Tetapi syukurlah kerana ketika itu Menteri Pelajaran adalah YB Abdul Rahman Talib dan Pengarah Pelajaran pula ialah Dr Aminuddin Baki. Hasil ketegasan kedua-duanya tokoh pendidikan negara ini maka sistem pendidikan negara dapat dipertahankan sebaiknya.

Kalaulah ketika itu Menteri Pelajaran kita jenis ‘ikut sahaja’, sibuk kejar populariti dan asyik main politik, memang sistem pendidikan berteraskan perlembagaan negara dah lama rosak.

Kalau pemimpin negara dulu tidak bertegas dan berani, jangan haraplah bahasa Melayu masih kekal sebagai bahasa pengantar lagi seperti sekarang. Mungkin kita dah lama amalkan sistem pendidikan pelbagai bahasa pengantar. Tapi syukurlah, dulu kita mempunyai kepimpinan negara yang tegas dalam soal bahasa dan pendidikan kebangsaan. Al fatihah untuk mereka.

Sebenarnya tahun 1961 adalah antara tahun yang bersejarah dalam sistem pendidikan negara ini. Inilah ketikanya di mana pengasas kepada UCSTA atau Jiao Zong, Lim Lian Geok telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysia oleh kerajaan kerana tindakan beliau membantah keputusan kerajaan berkaitan Laporan Pelajaran Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961.

Ini berikutan bantahan keras beliau khususnya terhadap Perkara 21 (2) Akta Pelajaran 1961 yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukarkan mana mana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) menjadi sekolah kebangsaan sepenuhnya.

Beliau juga ‘mengamuk’ bila Abdul Rahman Talib telah berjaya memujuk dan meyakinkan 53 buah Lembaga Pengelola sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) untuk menjadi sekolah menengah Jenis kebangsaan Cina (SMJKC).

Hanya 16 buah sekolah pensendirian Cina sahaja yang bertegas menolak tawaran beliau. Tapi akhirnya usaha beliau menjadi sia-sia kerana Menteri Pelajaran selepas beliau kembali meluluskan kewujudan lebih banyak sekolah persendirian Cina. Hari ini angka 16 buah ini telah pun bertambah menjadi 60 buah.

Sekolah persendirian Cina yang pertama bersetuju menjadi sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ialah Penang Chung Ling High School.

Pengetua Chung Ling High School, Wang Yoon Nien dan Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah berkenaan, Ong Keng Seng telah digelar sebagai pengkhianat besar pendidikan Cina oleh para pemimpin dan penyokong Jiao Zong di seluruh negara. Mereka dipulau dan diboikot semata-mata kerana ingin bersama pemimpin negara membangunkan sebuah sistem pendidikan negara yang lebih harmoni.

Jadi jangan kita lupa bahawa ramai tokoh pendidikan Cina yang turut menjadi ‘mangsa’ sifat perkauman Dong Zong sejak dulu. Jangan mudah menuduh semua orang Cina menyokong Dong Zong. Fakta sejarah tidak begitu.

Selain mereka berdua, dua tokoh masyarakat Cina lain yang menjadi ahli jawatankuasa Laporan Rahman Talib iaitu Leong Yew Koh dan Ong Yoke Lin juga digelar pengkhianat oleh pemimpin dan penyokong Dong Zong.

Orang Melayu kena tahu sejarah ini, bahawa ramai orang Cina yang mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi. Sebenarnya ramai pemimpin orang Cina yang sanggup menerima berbagai kejian dari kumpulan Dong Zong semata-mata ingin bersama pemimpin Melayu membina sebuah sistem pendidikan kebangsaan di negara ini. Pengorbanan mereka ini jarang didendangkan.

Kesabaran kerajaan ada hadnya. Ada ketikanya ketegasan perlukan tindakan. Akibat bantahan berterusan Lim Lian Geok yang ketika itu memimpin Jiao Zong, kewarganegaraan beliau telah dilucutkan oleh kerajaan pada 19 Ogos 1961.

Selepas beliau, tiada seorang pun pimpinan kanan Jiao Zong yang berani lagi menawarkan diri sebagai pemimpin yang baru. Mereka sudah nampak ketegasan kerajaan.

Oleh kerana tiada pilihan, seorang anak muda bernama Huang Yun Yue, editor dalaman Jiao Zong untuk buletin ‘Teachers’ Journal’ dan tidak memegang apa apa jawatan kanan dalam Jiao Zong telah dilantik menjalankan tugas Pengerusi.

Mungkin mereka yang lain mula takut akan menerima nasib yang sama seperti Lim Lian Geok. Mereka nampaknya sudah dapat isyarat jelas dari kerajaan, “kalau berani, cubalah…’

Tahun-tahun awal 1960an, kegiatan Dong Zong dan Jiao Zong mula menjadi malap dan semakin lemah. Begitulah ketegasan kerajaan ketika itu khususnya Menteri Pelajaran Abdul Rahman Talib dalam memastikan sistem pendidikan negara ini tidak diganggu gugat oleh mana mana pihak yang mempunyai kepentingan kaum masing masing.

Abdul Rahman Talib tegas dan berani dalam memperjuangkan prinsip membina sebuah sistem pendidikan kebangsaan. Bayangkan semua ini beliau berjaya lakukan hanya dalam tempoh dua tahun sebagai Menteri Pelajaran (1960-1962) sebelum ditukarkan menjadi Menteri Kesihatan. Setahun kemudian dikembalikan jawatan Menteri Pelajaran kepada beliau selama setahun pada 1964 hingga 1965. Mengapa ditukarkan dan dikembalikan? Ada kisahnya. Beliau akhirnya meninggal dunia di Kaherah Mesir pada tahun 1968. Hilang satu permata negara yang berjaya memimpin pembinaan sebuah sistem pendidikan negara.

Jadi janganlah kita ingat tidak ada orang yang pernah dikenakan tindakan undang-undang dan dilucutkan kewarganegaraan kerana isu membantah sistem pendidikan negara.

Selain Lim Lian Geok, penasihat Jiao Zong ketika itu bernama Yan Yuan Zhang juga turut menerima tindakan undang-undang. Disebabkan beliau menetap di Singapura, beliau telah diharamkan masuk ke Tanah Melayu atas arahan kerajaan.

Sistem pendidikan adalah ‘jiwa negara’ ini. Kerajaan bertanggungjawab memastikan ‘jiwa negara’ ini dipelihara. Menteri Pelajaran adalah penjaga atau ‘guardian’ sistem pendidikan negara. Kalau penjaga jenis lembik, rosaklah sistem pendidikan.

Malaysia bertuah kerana pernah mempunyai pemimpin yang tegas dalam mempertahankan sistem pendidikan negara pada tahun-tahun yang mencabar dulu.

****

p/s: semua fakta di atas telah dipetik dari bahan bacaan ilmiah dan kajian Phd. Boleh rujuk:

Ang Ming Chee, (2014) “Institutions and Social Mobilization: The Chinese Education Movement in Malaysia 1951-2011” (mukasurat 54)-sebuah kajian Phd

Kua Kia Soong (2010), “Lim Lian Geok: Soul of The Malaysian Chinese” (mukasurat 45)

Tan Yao Sua & Teoh Hooi See (2016), The Chinese Language Movement in Malaysia 1952-1967. muka surat 29-45.

If you dare, try it….

By: Anuar Ahmad

Do you still remember the story of Dong Zong’s opposition to the effort to introduce Jawi khat in the Malay book for last year’s National Type Primary School students Just because of three pages, one Malaysia is boisterous, right?

But don’t we remember the issue of Dong Zong’s protest against Jawi writing is the biggest in the history of national education. This issue is small compared to what happened in 1961.

The story in 1961 is much bigger. But thankfully, that’s when the Minister of Lessons was YB Abdul Rahman Talib and the Director of Lesson was Dr Aminuddin Baki. The result of firmness of both educational figures of this country, the national education system can be maintained as well.

If only the Minister of our Lessons were to ‘follow’, busy chasing popularity and always playing politics, the education system continues to the constitution of the country has long been damaged.

If the leader of the old country does not insist and dare, do not expect that the Malay language will remain as an introductory language as now. Maybe we’ve been practicing the education system for a long time. But thankfully, we used to have a strict leadership in language and national education. Al fatihah for them.

Actually 1961 is among the historic years in this country’s education system. This is the type where the founder of UCSTA or Jiao Zong, Lim Lian Geok has been dismissed by the government’s citizenship as his actions protested the government’s decision regarding the Rahman Talib 1960 Report and the Lesson Act 1961.

This follows his hard protest especially against Prosperty 21 (2) Lesson Act 1961 that empowered the Minister of Lessons to convert any Chinese National Primary School (SRJKC) into a full national school.

He was also ‘raging’ when Abdul Rahman Talib has successfully persuaded and convinced 53 Chinese private high school Manager Board (SMPC) to become a Chinese National Type (SMJKC) high school.

Only 16 Chinese alone schools insist on rejecting his offer. But finally his efforts became useless because of the Minister of Lessons after he approved the existence of more Chinese private schools. Today this number 16 has already increased to 60 pieces.

The first Chinese private school agreed to be the National Type Secondary school was Penang Chung Ling High School.

Principal Chung Ling High School, Wang Yoon Nien and the Chairman of the School Manager Board, Ong Keng Seng has been called the great traitor of Chinese education by Jiao Zong leaders and supporters across the country. They are islanded and boycotted just for wanting to be with the leader of the country to develop a more harmonious education system of the country.

So let’s not forget that many Chinese educational figures have been the ‘ victim ‘ of Dong Zong’s racist nature since the past. Don’t easily accuse all Chinese of supporting Dong Zong. Historical fact is not so.

Besides the two of them, two other Chinese community figures who are members of the Rahman Talib Report Committee Leong Yew Koh and Ong Yoke Lin were also called traitors by Dong Zong leaders and supporters.

Malays need to know this history, that many Chinese have high national spirit. Actually there are many Chinese leaders who are willing to receive many chaos from the Dong Zong group just want to be with Malay leaders to build a national education system in this country. Their sacrifices are rarely made.

The government’s patience has its limit. There’s a type of firmness that needs action. Due to Lim Lian Geok’s continuous protest that was leading Jiao Zong, his citizenship was dismissed by the government on 19 August 1961.

After him, none of Jiao Zong’s right leader is brave enough to offer himself as a new leader. They have seen the firmness of the government.

Due to no choice, a young man named Huang Yun Yue, internal editor Jiao Zong for the ‘ Teacher s’ Journal ‘ bulletin and not holding any right position in Jiao Zong has been appointed to perform the Chairman’s task.

Maybe the others are starting to fear the same fate as Lim Lian Geok. They seem to have a clear sign from the government, ′′ if you dare, try it… ‘

Early 1960 s, Dong Zong and Jiao Zong’s activities started to become dim and weaker. That’s how the government’s firmness is especially the Minister of Lesson Abdul Rahman Talib in ensuring the education system of this country is not disturbed by any party that has the importance of their own race.

Abdul Rahman Talib is firm and brave in fighting for the principle of building a national education system. Imagine all of this he managed to do in just two years as Minister of Lessons (1960-1962) before being transformed into Health Minister. A year later returned to the Minister of Lesson to him for a year on 1964 to 1965. Why was it changed and returned? There is a story. He finally died in Cairo Egypt in 1968. Lost a gem of a country that successfully led the construction of a national education system.

So let us not remember that no one has ever been charged with law and dismissed citizenship because of the issue of protesting the national education system.

Besides Lim Lian Geok, Jiao Zong’s advisor at that time named Yan Yuan Zhang also accepted legal action. Because he lives in Singapore, he has been banned from entering Malay Land on government orders.

Education system is the ‘soul of this country’. The government is responsible for ensuring this ‘soul of the country’ is preserved. The Minister of Lessons is a guardian or a guardian ‘ of the national education system. If the guardian is a soft type, the education system is broken.

Malaysia is lucky to have had a strict leader in defending the national education system in those challenging years.

****

p / s: all the facts above have been picked from Phd scientific reading and study materials. Can refer to:

Ang Ming Chee, (2014) ′′ Institutions and Social Mobilization: The Chinese Education Movement in Malaysia 1951-2011 ′′ (page 54)-a Phd study

Kua Kia Soong (2010), ′′ Lim Lian Geok: Soul of The Malaysian Chinese ′′ (page 45)

Tan Yao Sua & Teoh Hooi See (2016), The Chinese Language Movement in Malaysia 1952-1967. pages 29-45.

www.facebook.com/1438625428/posts/10217474167712952/

Leave a comment