☆Tadabbur Kalamullah 26 Zulhijjah 1441H☆
قُلۡ یَـٰعِبَادِ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمۡۚ لِلَّذِینَ أَحۡسَنُوا۟ فِی هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣱۗ
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat)…” [Surah az-Zumar 10]
#Allah swt memerintahkan NabiNya saw agar sampaikan seruan Allah swt kepada seluruh umatnya agar beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Hal ini kerana, orang yang memiliki iman yang sempurna dan benar-benar bertaqwa kepada Allah akan memperolehi petunjuk Allah, diampuni dosa, dikurniakan ganjaran yang istimewa serta memperolehi kedudukan mulia disisNya.
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ یَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانࣰا وَیُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَیِّـَٔاتِكُمۡ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِیمِ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar” [Surah al-Anfal 29]
#Allah swt memerintahkan di dalam ayat di atas agar sentiasa melakukan kebaikan di dunia ini agar dapat menikmati kebahagiaan hakiki di akhirat kelak seperti membantu orang yang memerlukan, melepaskan hajat seseorang, menyelesaikan permasalahan orang yang diuji dengan kesulitan dan sebagainya.
#Pernah ditanya kepada ahli hikmah: “Siapakah manusia yang paling bahagia?” Jawabnya: “Orang yang membahagiakan orang lain.”
#Dalam sebuah Rasulullah saw mengajar erti kebahagiaan dengan sentiasa membantu orang lain. Daripada Sayidina Hakim bin Hizam r.a, Nabi saw bersabda:
الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى
“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah” (HR al-Bukhari)
#Syeikh Al-Mubarakfuri rahimahullah berkata: “Tangan yang di atas adalah tangan yang memberi atau berinfaq. Sedangkan tangan yang dibawah ialah yang meminta” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi)
#Hayatilah firman Allah swt ini:
ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ فِی ٱلسَّرَّاۤءِ وَٱلضَّرَّاۤءِ وَٱلۡكَـٰظِمِینَ ٱلۡغَیۡظَ وَٱلۡعَافِینَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ یُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِینَ
(Orang bertaqwa yang layak memperolehi Syurga) iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik” [Surah Aali Imran 134]
♡Berusahalah agar kita benar-benar menjadi hamba Allah yang beriman, bertaqwa dan sentiasa melakukan kebaikan. Semoga kita beroleh kejayaan dan kebahagiaan di akhirat kelak. Aamiiin♡
🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah
Facebook:
