Health – Muka kedua pasangan ini masam mencuka. Sakit hati. Dia orang datang berjumpa Dr Erikson Milton.

Muka kedua pasangan ini masam mencuka. Sakit hati. Dia orang datang berjumpa Dr Erikson Milton. Seorang psikiatris dan pelopor kepada ilmu hypnosis.

.

Tujuan datang nak dapatkan khidmat nasihat dari pakar. Rumahtangga dilanda ribut. Perang dunia ke-3 asyik berlaku.

.

Hidup keduanya dulunya indah. Jalan pun pegang tangan. Sekarang dah lain. Ada saja yang tidak kena. Tak ada lagi sembang mesra. Yang ada jeritan dan makian.

.

Si isteri tak lagi faham suami. Suami pun sama. Kedua-duanya macan orang asing dalam rumah sendiri.

.

Dulu ikrar mahu sehidup semati. Itu dululah. Waktu semuanya indah.

.

Walapun asyik berperang, si isteri secara diam diam pasang niat. Nak selamatkan rumahtangga. Demi anak anak.

.

Dia fikir mesti ada jalan keluar. Dia cuba pujuk suami. Ajak suami jumpa Dr Milton.

.

Pujuk punya pujuk akhirnya sang suami setuju. Tiba hari yang dijanjikan sampailah mereka ke pejabat Milton. Keduanya masuk dan duduk.

.

Masa masuk saja Milton kata “Kedua-dua kamu keluar berjalan secara sendiri-diri di taman seberang jalan sana. Pusing sehingga habis dan kembali ke pejabat ini. Jumpa saya selepas itu.”

.

Sang suami tengok isteri dia. Muka dia macam

blur sebentar. Dengan berat sang suami pun keluar seperti yang diarahkan.

.

Sang suami bermula dari arah selatan. Si isteri masuk ke taman dari arah utara.

.

Lepas setengah jam dia orang balik semula. Sang suami sampai dahulu. Dia duduk di ruang menunggu.

.

Muka kelat.

.

Tak lama lepas tu Si isteri muncul. Disambut oleh suami dengan leteran dan muka bengis.

.

Si isteri buat tak tahu jer. Buat tak dengar. Dia terus ke bilik Milton. Tengok isteri dia masuk ke bilik Milton Sang suami bangun dan ikut dari belakang.

.

Masa dia orang masuk dan duduk saja, Milton tanya kepada si isteri. Apa yang kamu dapati dan rasai sepanjang berjalan di taman?

.

Si isteri senyum. Dia tarik

Nafas. Seolah olaj nafas lega. Dia gambarkan betapa damainya jiwanya bila dengar bunyi burung.

.

Warna warni bunga asyikkan dia. Bau dari bunga pula sedap. Macam terasa di lidah.

.

Hembusan bayu lembut yang menyapa ke wajah membahagiakan. “Pendek kata saya sangat teruja” kata sang isteri.

.

Milton beralih kepada sang suami. Soalan yang sama dia tanya pada sang suami.

Sang suami menunjukkan rasa tidak puas. Dia tanya kenapa kena pergi taman. Dia datang untuk mendapatkan nasihat untuk “menyelamatkan”

rumahtangganya.

.

Sang suami terus komplen. Panas berjalan di taman. Berpeluh-peluh. Membosankan. Tak ada apa yang nak di tengok.

.

Pendek kata episod berjalan di taman menjengkelkan. Sehingga pejabat Milton dikutuknya. Sistem di pejabat Milton pun menjadi mangsa.

.

Milton beralih kepada si isteri. Ceraikan dia. Beliau meminta pasangan itu meninggalkan biliknya.

.

Si isteri menceraikan sang suami. Sistem luar negara. Isteri boleh ceraikan suami.

.

Tidak lama selepas itu si isteri berjumpa dengan orang lain. Jatuh cinta dan berkahwin lain. Hidup bahagia.

.

Sang suami tidak kahwin kahwin. Hidup menderita seorang diri. Pernah berdating dua tiga kali. Semua tak jadi. Ada saja yang tak kena dengan pasangan baru dia.

.

Akhirnya dia meninggal dalam sengsara.

.

Apabila sang isteri melaporkan keseronokan berjalan di taman dan sang suami tidak, ada bahagian-bahagian otak yang terlibat.

.

Bagi sang suami, Prefrontal Cortexnya (PFC) bermasalah. PFC adalah CEO otak. Kita merancang, membuat keputusan, memori sementara berada di sini.

.

Anterior Cingulate Gyrusnya (ACG) juga bermasalah. ACG adalah seperti gear kepada otak. Seperti gear kereta, ianya bertukar mengikut kelajuan. ACG bermasalah bila gear ini tidak bertukar.

.

Asyik fikir benda yang sama. Berulang ulang. Tak boleh move on.

.

Bagi sang suami, semua perkara adalah negatif. FIkirannya tersangkut di situ. Gear otaknya tidak dapat ditukar.

.

Sistem Limbik atau pusat emosinya juga bermasalah. Emosi yang keluar menjengkelkan. Ada sahaja yang tidak kena. Beroperasi dengan mata lalat. Sentiasa mencari yang busuk. Menghidu yang busuk.

.

Andai perkara yang menimpa sang suami sama dengan kita, belajarlah untuk merubah otak.

Otak yang cantik, baik dan sihat menjamin rumah tangga bahagia. Otak cantik membahagiakan orang yang tersayang.

.

Cuba semak otak kita bagaimana?

#DrRizal

t.me/neuroversiti/905

Leave a comment