☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulhijjah 1441H☆
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ * إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ * فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ * وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ * أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ * الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya” [Surah al-Mukminun 1-11]
#Berkata Syeikh al-Maraghi rahimahullah dalam Tafsir al-Maraghi: “Surah Makkiyyah ini diturunkan selepas Surah al-Anbiya’, dan terdiri daripada 118 ayat. Menurut sebuah riwayat, sebahagian sahabat bertanya kepada Sayidatina Aisyah Rr.ha: “Bagaimanakah akhlak Rasulullah?” Sayidatina Aisyah r.ha menjawab: “Akhlak baginda adalah al-Quran.” Kemudian Sayidatina Aisyah r.ha membaca ayat:
“قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ”
hinggalah ke ayat
“وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ”.
Sayidatina Aisyah menambah: “Demikianlah akhlak Rasulullah saw”. (Tafsir al-Maraghi)
#Rasulullah saw memiliki akhlak yang terindah dan paling sempurna sebagaimana yang terangkum dalam ayat diatas. Akhlak yang paling baik dan wajib diikuti. Lengkap dari semua sudut dan aspek.
#Di dalam al-Quran juga, Allah swt telah mengakui bahawa kekasihNya Rasulullah saw adalah merupakan contoh teladan yang terbaik untuk diikuti. Firman Allah swt:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” [Surah al-Ahzab 21]
#Tersebut dalam satu riwayat:
حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيُّ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ خُلُقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا لَمْ يَكُنْ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا سَخَّابًا بِالْأَسْوَاقِ وَلَا يُجْزِئُ بِالسَّيِّئَةِ مِثْلَهَا وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ
Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah al-Jadali dia berkata: Saya bertanya kepada Sayidatina Aisyah r.ha: “Bagaimanakah akhlak Rasulullah saw terhadap keluarganya”. Sayidatina Aisyah berkata: “Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun” (HR Imam Ahmad)
♡Jom mencontohi akhlak Rasulullah saw. Orang-orang yang berakhlak mulia adalah orang yang terpilih di sisi Allah dan Rasul serta diberi darjat yang istimewa di dalam Syurga. Semoga kita terpilih bersama baginda saw. Aamiiin♡
🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah
Facebook:
