-Filem Ulama ASWJ & Perjuangan Kebangsaan-
Kalau di Indonesia sudah wujud beberapa Filem menceritakan tentang jasa Ulama antaranya Filem Sang Kyai – (Filem NU menceritakan Jasa besar Hadrotus Syeikh K.H Muhamamd Hasyim Asy’ari memperjuangkan kemerdekaan Indonesia) , Filem Sang Pencerah (Filem Muhammadiyah menceritakan tentang K.H Ahmad Dahlan) & terkini Filem Jejak 2 Ulama (Filem kerjasama NU (Pondok Tebuireing) & Muhammadiyah)
Di Malaysia tidak ada Filem Filem seperti itu , barangkali jiwa mencintai Jasa Ulama Ulama ASWJ kita sangat kurang atau hampir padam di dalam hati hati orang TV (Pengarah Filem,Artis & sebagainya), Padahal kita punya Tokoh Ulama yang memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Kebangsaan & kemerdekaan yang tidak jauh sama seperti Tokoh Ulama di Indonesia.
Di dalam video ini hanya sedutan dari Filem Hati Malaya (Kalau tak silap Hamba) .
Oleh itu Hamba mewakili NA’AM Pusat membuka seluas luasnya tangan kami untuk bekerjasama dengan mana mana pihak jika ada yang berminat untuk membuat Filem “Sang Tuan Guru & Perjuangan Kebangsaan” .
Sedikit Hamba senaraikan jasa besar Tuan Guru Haji Abdullah Fahim di dalam memperjuangkan Kemerdekaan Tanah Malaya :
Syeikh Abdullah Fahim berjasa besar dalam memberi irsyad kepada Tunku Abdul Rahman tentang bagimana caranya Bangsa Melayu boleh merdeka dengan Aman tanpa tertumpah setitis darah di bumi berkat ini , antara pertunjuk beliau terhadap Tunku :
1- Pergi ke London untuk menuntut kemerdekaan
2- Dana dengan kutip derma di dalam Ceramah Ceramah orang Melayu
3- Membawa wakil dari bangsa cina & india .
4-Pergi menaiki Kapal laut dan pulang dengan kapal terbang .
5- 5 Perkara yang tidak boleh di ubah dengan 2/3 majoriti Ahli Parlimen .
6- Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957 .
Beliau juga telah memberitahu Tunku bahawa Persekutuan Tanah Melayu ini nanti akan berubah namanya dalam masa 7 tahun setelah merdeka menjadi Malaysia .
Oleh itu ayuhlah kita menghidupkan budaya mengenang dan berterima kasih kepada Alim Ulama kita yang berjasa besar dalam menjaga Agama & Negara .
واللّٰه الموفِّق إلٰی أقوام الطريق وباللّٰه التّوفيق والهداية
والسّلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته.
Al Faqir Ahmad Faiz Hafizuddin Bin Rosli
Khuwaidim NA’AM & Ma’ahad Rumi Sufi Jawi Pondok Sungai Buloh Selangor .
