Health – KEBAIKAN VITAMIN E KEPADA KESIHATAN…

Repost..

KEBAIKAN VITAMIN E KEPADA KESIHATAN…

Vitamin E adalah vitamin yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Ia adalah vitamin larut lemak yang terdiri dari dua jenis iaitu tokoferol dan tokotrienol. Dari setiap jenis ini ia terbahagi kepada empat pecahan iaitu alfa, beta, gamma dan delta.

Sumber semulajadi vitamin E adalah dari sayur-sayuran hijau, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, beras, oat, barli dan ‘wheat germ’. Minyak kelapa sawit adalah sumber yang sangat kaya dengan vitamin E terutama jenis tokotrienol. Minyak kelapa sawit juga kaya dengan vitamin A dalam bentuk beta karotin dan juga sterol tumbuhan yang sangat baik untuk kesihatan. Vitamin E yang terdapat dalam minyak kelapa sawit lebih tinggi dari jenis tokotrienol berbanding dengan tokoferol. Vitamin E dari jenis tokotrienol adalah lebih utama berbanding jenis tokoferol dari aspek kesihatan.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kebaikan vitamin E kepada kesihatan yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak lebih dari 20 tahun yang lepas. Terdapat lebih dari 128 kajian yang dibuat ke atas manusia, haiwan dan in-vitro yang menunjukkan kebaikan khusus vitamin E jenis tokotrienol.

Dalam satu kajian secara ‘double-blind’ yang dibuat oleh Kenneth Jordan Heart Foundation di USA merumuskan vitamin E tokotrienol dari minyak kelapa sawit boleh membantu masalah atherosklerosis iaitu pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah arteri jantung yang menyebabkan saluran darah menjadi keras dan tersumbat. Oleh itu ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan (strok) angin ahmar.

Dalam kajian ke atas manusia dan haiwan, vitamin E jenis tokotrienol juga didapati boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana ia menghalang aktiviti berlebihan enzim ‘HMG-CoA Reductase’ dalam organ hati yang menghasilkan kolesterol yang berlebihan. Kajian ini dijalankan di USM, menunjukkan dengan pengambilan 100mg tokotrinol setiap hari selama 8 ke 10 minggu mampu menurunkan paras kolesterol keseluruhan sebanyak 10-12% .

Kajian juga menunjukkan vitamin E tokotrienol adalah juga sejenis anti oksidan yang amat kuat. Kajian menunjukkan vitamin E alfa-tokotrienol adalah anti oksidan 40-60 kali lebih berkuasa daripada alfa-tokoferol dan ianya boleh mencegah peroksidaan lemak yang boleh memudaratkan kesihatan. Kajian juga menunjukkan vitamin E jenis delta tokotrienol adalah yang tinggi tahap anti oksidan nya.

Dalam satu laporan yang di tulis dalam jurnal perubatan Clin.Exp.Hypertension tahun 1999 menunjukkan tokotrienol ini boleh membantu menurunkan paras tekanan darah disamping meningkatkan paras anti oksidan dalam darah dan saluran darah.

Terdapat empat pusat kajian sains di seluruh dunia yang melaporkan secara berasingan kebaikan vitamin E jenis delta tokotrienol yang boleh mencegah beberapa jenis kanser terutamanya kanser payudara. Kajian ini menunjukkan delta tokotrienol ini mampu mencegah kedua-dua jenis kanser payu dara samada jenis yang ‘estrogen positif’ atau ‘estrogen negatif’. Kajian-kajian ini menggunakan delta tokotrienol yang bersumber dari minyak kelapa sawit.

Terdapat kajian yang menunjukkan tokotrienol dari minyak kelapa sawit didapati boleh mencegah penggumpalan sel platelet darah tetapi alfa tokoferol tidak mempunyai sifat yang sama. Oleh itu tokotrienol ini boleh mencegah masalah embolisma atau darah beku yang menyumbat saluran darah.

Kajian mendapati tokotrienol boleh menembusi dwi-lapisan dinding sel-sel tubuh manusia dengan lebih mudah kerana rantaian molekul lemak tidak tepunya. Oleh itu ia boleh diserap ke dalam sel-sel tubuh dengan lebih baik berbanding tokoferol, oleh itu ia boleh melindungi bahagian nukleus dan DNA sel-sel dari kerosakan akibat radikal bebas.

Kajian yang dilakukan oleh University of California, Berkeley menunjukkan tokotrienol dari sumber kelapa sawit adalah efektif mencegah pengoksidaan protin dan peroksidaan lemak selepas senaman yang berat kerana sifatnya sebagai anti oksidan. Ia amat penting untuk membantu ahli-ahli sukan seperti ahli bina badan, pelari pecut dan lain-lain sukan yang melakukan aktiviti fizikal yang berat dan lasak.

Satu lagi kajian yang menarik yang dijalankan oleh UKM yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Middle-East Jurnal of Scientific Research, 2014 menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E tokotrinol ini amat baik bagi perokok jika diambil bersama vitamin C untuk membantu perokok mengurangkan kesan buruk radikal bebas dari asap rokok.

Walaubagaimanapun, berhenti merokok adalah kaedah terbaik dan ideal bagi seorang perokok. Hakikatnya , amat susah bagi perokok untuk berhenti merokok kerana berdasarkan statistik kurang dari 6% perokok berjaya berhenti merokok. Oleh itu sekurang-kurangnya bagi seorang perokok, mereka perlu mengambil suplemen vitamin E tokotrienol 100mg sehari dan vitamin C 2000mg sehari boleh mengurangkan impak kesihatan kepada mereka dengan kaedah mengurangkan kemudaratan.

Terdapat pelbagai lagi kajian yang dilakukan oleh banyak university-university terkemuka di dunia seperti University of Reading United Kingdom, University of Louisiana USA, University of Western Ontario, University of Wisconsin,USA dan di Malaysia seperti USM, UKM dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak dari awal 90an yang menunjukkan kelebihan vitamin E jenis tokotrienol bersumber dari minyak kelapa sawit mampu mencegah sakit jantung, membantu menurunkan paras kolesterol darah, mencegah kanser payudara, kanser hati dengan melindungi sel-sel tubuh sebagai anti oksidan dan sebagai suplemen yang baik untuk perokok.

Amalkan pengambilan suplemen vitamin E jenis tokotrienol setiap hari 100mg sehari untuk mendapat faedah kesihatan yang baik mencegah pelbagai jenis penyakit berdasarkan kajian-kajian sains terkini dan kajian juga menunjukkan ia tidak menyebabkan kerosakan organ seperti hati dan buah pinggang. Insyaallah.

Oleh:

Dr Norman Mohd Norawi (MMC: 36627)

MBBS, MSc (UCSI), FAGE

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1017552461681566&id=282487065188113

Repost..

THE GOODNESS OF VITAMIN E TO HEALTH…

Vitamin E is a very important vitamin for human health. It’s a fat soluble vitamin that consists of two types that are the topperol and tokotrienol Of all these types it is divided into four fractures that are alpha, beta, gamma and delta.

The natural source of vitamin E is from green veggies, plants, fruits, rice, oats, barley and ‘wheat germ’. Palm oil oil is a very rich source of vitamin E especially the type of tokotrienol. Palm oil oil is also rich with vitamin A in the form of beta carotine and plant sterol that is very good for health. Vitamin E found in palm oil is higher than the tokotrienol type compared to the shopferol. Vitamin E of tokotrienol type is more important than the topherical type of health aspects.

There are various studies that show the goodness of vitamin E to health reported in medical journals over 20 years ago. There are more than 128 studies made on humans, animals and in-vitro that show the special benefits of vitamin E type of tokotrienol.

In a study of ‘double-blind’ done by Kenneth Jordan Heart Foundation in USA formulates vitamin E tokotrienol from palm oil can help atherosclerosis problem which is cholesterol extraction on the heart arterial blood channel wall that causes blood channels to be hard and clogged. Therefore it can reduce the risk of heart pain and (stroke) ahmar wind.

In study on humans and animals, vitamin E type of tokotrienol is also found to reduce cholesterol level in blood as it prevents the excessive activity of the ‘HMG-CoA Reductase’ enzymes in liver organs that produce excess This study is conducted in USM, showing that the intake of 100 mg of tokotrinol daily for 8 to 10 weeks can reduce overall cholesterol level by 10-12 %.

Study also shows vitamin E tokotrienol is also a very powerful type of anti oxidant. Study shows vitamin E alfa-tokotrienol is anti oxidant 40-60 times more powerful than alpha-shopferol and it can prevent fat oxidation that can harm health. Study also shows vitamin E type of delta tokotrienol is the high level of anti oxidant.

In a report written in the medical journal Clin. Exp. Hypertension 1999 shows that this tokotrienol can help reduce blood pressure levels in addition to increasing anti oxidant levels in blood and blood channels.

There are four science study centers around the world that report separately the goodness of vitamin E-type of tokotrienol delta which can prevent several types of cancer especially breast cancer. This study shows this delta tokotrienol can prevent both types of virgin cancers either ‘ positive estrogen ‘ or ‘ negative estrogen ‘. These studies use delta tokotrienol sourced from palm oil oil.

There is a study that shows the tokotrienol of oil palm oil is found to prevent blood platelet cells but the alpha shopferol doesn’t have the same nature. Thus this tokotrienol can prevent embolism or frozen blood problems from clogging blood channels.

Study finds tokotrienol can penetrate the wall of the human body’s cells more easily as the molecular chain of fats is not edge. Therefore it can be absorbed into the body cells better than the shopferol, therefore it can protect the nucleus and DNA of cells from damage from free radicals.

The study conducted by the University of California, Berkeley shows tokotrienol from palm oil sources is effective in preventing protin oxidant and fat oxidant oxidism after heavy exercise due to its nature as anti oxidant. It’s very important to help sports members such as body builders, sprinkles and other sports that do heavy and durable physical activities.

Another interesting study carried out by UKM published in the Middle-East Journal of Scientific Research medical journal, 2014 shows that taking this vitamin E tokotrinol is great for smokers if taken along with vitamin C to help smokers reduce the bad effects of free radicals from cigarette smoke.

However, quitting smoking is the best method and ideal for a smoker. The truth is, it’s hard for smokers to quit smoking because based on statistics less than 6 % of smokers succeeded in quitting smoking. Therefore at least for a smoker, they need to take vitamin E tokotrienol supplements 100 mg a day and vitamin C 2000 mg a day can reduce health impact on them with a method of reducing harm.

There are many more studies done by many leading universities in the world such as the University of Reading United Kingdom, University of Louisiana USA, University of Western Ontario, University of Wisconsin, USA and in Malaysia such as USM, UKM and Malaysian Palm Board (MPOB) ) from the early 90 s that shows the advantages of vitamin E type of tokotrienol sourced from oil palm oil can prevent heart disease, help reduce blood cholesterol levels, prevent breast cancer, liver cancer by protecting cells of the body as anti oxidant and as a supplement good for smokers.

Practice the intake of vitamin E supplements type of tokotrienol every day 100 mg a day to get good health benefits prevent all kinds of diseases based on the latest science studies and studies also show that it doesn’t cause organ damage such as liver and kidneys. God willing.

By:

Dr Norman Mohd Norawi (MMC: 36627)

MBBS, MSc (UCSI), FAGE

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1017552461681566&id=282487065188113

www.facebook.com/282487065188113/posts/2629818607121602/

Leave a comment