Islamic – Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan

Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan (5)

5. Mendirikan solat pada waktunya dan memperbanyakkan serta berterusan istighfar

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِٱلصَّلَو‌ٰةِ وَٱصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْـَٔلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَٱلْعَـٰقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ ﴿١٣٢﴾

Perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.

Thohaa : 132

قال ابن كثير -رحمه الله- في تفسير هذه الآية: “إذا أقمت الصلاة أتاك الرّزق من حيث لا تحتسب“،

Imam Ibnu Kathir mentafsirkan ayat ini dengan katanya,

“Apabila engkau mendirikan solat, nescaya Allah mendatangkan rezeki padamu dari jalan yang tidak engkau sangka ”

قال ابن القيم :

“فالصّلاةُ من أكبر العَوْن على تحصيل مصالح الدنيا والآخرة، ودفع مفاسد الدنيا والآخرة، وهى منهاةٌ عن الإثم، ودافعةٌ لأدواء القلوب، ومَطْرَدَةٌ للداءِ عن الجسد، ومُنوِّرةٌ للقلب، ومُبيِّضَةٌ للوجه، ومُنشِّطةٌ للجوارح والنفس، وجالِبةٌ للرزق..”.

Imam Ibnu Qayyim berkata,

“Solat adalah antara sebesar-besar pertolongan dalam mendapat kebaikan dunia dan akhirat, juga menolak kerosakan dunia dan akhirat. Ianya pencegah dari dosa, menolak penyakit-penyakit hati, menjauhkan penyakit dari tubuh, penerang bagi hati, pencerah bagi wajah, pembangkit kesegaran bagi anggota dan jiwa, dan membawa (menarik) rezeki”.

Keberkatan juga dapat diraih dengan memperbanyakkan serta berterusan beristighfar memohon keampunan Allah ta’ala.

وَأَنِ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَـٰعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِى فَضْلٍ فَضْلَهُۥ ۖ وَإِن تَوَلَّوْا۟ فَإِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ ﴿هود: ٣﴾

dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.

Hud : 3

وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ ﴿هود: ٥٢﴾

Dan ( Nuh berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa”.

Hud: 52

Dosa menghilangkan keberkatan rezeki. Justeru, dengan banyak istighfar dosa terampun dan keberkatan diraih.

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْعَبْدَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ

Dari Tsauban berkata; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

“Seorang hamba benar-benar terhalang dari rezki kerana dosa yang dilakukannya”.

HR Ahmad, 21402

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Dari Ibnu Abbas bahawasanya, ia berkata; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rezki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka.”

HR Abu Daud

Bersambung …

t.me/JiwaTarbawi/934

Leave a comment