Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan (4)
4. Berdoa memohon keberkatan dari Allah Yang Maha Berkat dan Maha Memberkati.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat kerap mendoakan keberkatan kepada para sahabatnya.
عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا قَالَ قَالَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَسٌ خَادِمُكَ قَالَ اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ
Dari Qatadah dia berkata; saya mendengar Anas berkata; Ummu Sulaim pernah berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam; (Do’akanlah) pelayan engkau iaitu Anas. Beliau bersabda: ‘Ya Allah, karuniailah ia harta dan anak yang banyak dan berkahilah apa yang telah Engkau berikan kepadanya.’
HR Bukhari, 5859
Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan sahabatnya yang menghidangkan jamuan makanan untuk Baginda.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ
‘Ya Allah! Berilah keberkahan kepada mereka terhadap apa yang telah Engkau rizqikan kepada mereka serta ampuni dan kasihilah mereka’.
HR Muslim, 3505
Baginda juga mengajarkan doa mohon keberkatan kepada mempelai pasangan yang baru berkahwin.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Dari Abu Hurairah bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam apabila mengucapkan selamat kepada seseorang apabila ia menikah beliau mengucapkan: BAARAKALLAAHU LAKA WA BAARAKA ‘ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMAA FII KHAIRIN (Semoga Allah memberkahimu dan senantiasa memberkahimu dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.”
HR Ibnu Majah, 1819
Mendoakan keberkatan bila melihat kebaikan pada seseorang.
إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ
“Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, maka hendaknya ia mendo’akan keberkatan padanya”
HR Ibnu Majah, 3500
Juga ketika menghadap makanan.
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ وَإِذَا سُقِيَ لَبَنًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ
Apabila salah seorang di antara kalian makan suatu makanan, maka hendaknya ia mengucapkan: ‘ALLAAHUMMA BAARIK LANAA FIIHI WA ATH’IMNAA KHAIRAN MINHU (Ya Allah, berkahilah kami padanya dan berilah kami makan yang lebih baik darinya!) ‘, dan apabila ia diberi minum susu maka hendaknya ia mengucapkan: ‘ALLAAHUMMA BAARIK LANAA FIIHI WA ZIDNAA MINHU (Ya Allah, berkahilah kami padanya dan tambahkanlah kami darinya!) ‘
HR Abu Daud, 3242
Sufyan At Tsauri dalam doanya,
اللَّهُمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ، رَبِّ بَارِكْ لِي فِي الْمَوْتِ، وَفِيمَا بَعْدَ الْمَوْتِ .
“Ya Allah, Selamatkanlah! Selamatkanlah! Wahai Tuhanku, berkatilah bagiku kematian, dan kehidupan selepas kematian.”
( Riwayat Ibnu Abi Hatim dalam Al Jarah wa At Ta’dil )
Bersambung …
