Islamic – Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) secara rasminya mengumumkan memakan ulat sagu (mulong)adalah HARAM

[12/8/20, 15:51:22] ‪+673 895 9559‬: Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) secara rasminya mengumumkan memakan ulat sagu (mulong)
adalah HARAM

“. . .Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.” (Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab “Sabilal Muhtadin” dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38)

PENGECUALIAN

Walaubagaimanapun masih ada pengecualian pengharaman ini (dari pendapat ulama Syafie)

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai “termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali”. Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama – sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. (Sumber: kitab-kitab fiqh mu’tabar dalam mazhab seperti “Minhajuth Tholibin” halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada “Tuhfatul Muhtaj” juzuk 9 halaman 369 dan 445)

https://www.minds.com/newsfeed/1140980297360695296

Leave a comment