☆Tadabbur Kalamullah 23 Zulhijjah 1441H☆
فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَیۡرࣰا یَرَهُۥ
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” [Surah az-Zalzalah 7]
#Jalan bagi orang yang ingin bahagia ialah hendaklah dia selalu melakukan kebaikan walau sekecil mana sekalipun. Setiap kebaikan itu dinilai oleh Allah swt sebagai amal yang dapat menyelamatkannya di akhirat kelak.
هَلۡ جَزَاۤءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ
“Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga” [Surah ar-Rahman 60]
#Allah swt sentiasa merahmati orang-orang yang berbuat kebaikan dan kebajikan.
وَلَا تُفۡسِدُوا۟ فِی ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفࣰا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ
“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (memperbaiki amalannya)” [Surah al-A’raf 56]
#Dan ketahuilah bahawa orang yang sentiasa melakukan kebaikan akan sentiasa tenang, damai dan bahagia. Sabda Nabi saw:
الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ
“Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu” (HR Imam Ahmad)
#Daripada Sayidina Nawwas bin Sam’an r.a, Nabi saw bersabda:
الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
“Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu…” (HR Muslim)
#Seorang tokoh pembaharuan yang agung, Rasulullah saw ternyata hidup dalam kefakiran, sering membolak-balikkan tubuhnya di tempat tidur kerana kelaparan disebabkan tidak ada sebiji kurma pun yang Baginda saw dapati untuk menahan kelaparannya. Sekalipun demikian, Baginda hidup bahagia, tidak mempunyai banyak tekanan dan jiwanya damai kerana baginda bukan sahaja sentiasa melakukan kebaikan bahkan baginda penyeru kepada kebaikan serta sentiasa memikirkan tentang kebaikan.
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ * الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
“Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam). Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?” [Surah as-Syarh 2-3]
♡Hiduplah dalam kebaikan dan ghairahkan diri untuk melakukan kebaikan. Semoga kebaikan yang kita lakukan walaupun kecil dibayar oleh Allah dengan ganjaran yang besar dan syurga yang tertinggi. Aamiiin♡
🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah
Facebook:
