Islamic – Tadabbur Kalamullah 21 Zulhijjah 1441H

☆Tadabbur Kalamullah 21 Zulhijjah 1441H☆

وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰ⁠لِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ

“Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratulmuat” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!” [Surah Qaf 19]

#Kematian sesuatu yang pasti dan kita wajib yakin kedatangannya serta tidak dapat dihindari. Tidak mungkin ada seorang pun yang dapat lari daripada kematian. Namun 1000 kali rugi kerana hanya sedikit sahaja yang mempersiapkan diri menghadapinya.

#Berkata Khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah:

مَا رَأَيْتُ يَقِينًا أَشْبَهَ بِالشَّكِّ مِنْ يَقِينِ النَّاسِ بِالْمَوْتِ ثُمَّ لَا يَسْتَعِدُّونَ لَهُ

“Aku tidaklah pernah melihat suatu perkara yang yakin kecuali keyakinan akan kematian. Namun, manusia tidak mempersiapkan (amalan) untuknya (menghadapi kematian)” (Tafsir al-Qurtubi)

#Kita kena sentiasa bersedia untuk mati, bukan melarikan diri daripada kematian. Dan ingatlah bahawa kematian itu datang tanpa pemberitahuan. Kematian datang dengan tiba-tiba tanpa boleh disangka. Berkata Sayidina Ali r.a:

الْمَوْتُ يَأْتِي بَغْتَةً  وَ الْقَبْرُ صُنْدُوقُ الْعَمَلِ‏

“Mati datang secara mengejut. Sedangkan kubur itu menjadi tabung amalan seseorang”.

#Pada hari ini, dilaporkan kes COVID-19 dunia telah mencapai 20 juta kes. Jumlah jangkitan kes harian dunia iaitu 213,000 kes. Kadar kematian dunia pada masa kini sekitar 734,000 kes.

#Suasana yang sedang dihadapi saat ini, menunjukkan bahawa bila-bila masa sahaja kita boleh mati dan kita sedang berhadapan dengan kematian. Kematian semakin hampir dengan kita. Tersangat-sangat hampir. Persoalannya, sudah bersediakah kita untuk pulang mengadap Allah swt? Cukupkah amal soleh yang kita sediakan?

#Firman Allah swt:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

 “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” [Surah al-Mulk 2]

#Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah: “Untuk Allah uji kamu mana yang lebih taat dan cepat mencari keredhaanNya. Begitu juga mana yang lebih baik amalan, bukan lebih banyak amalan seperti kata Muhammad bin Ajlan”.

♡Ingatlah, sehebat mana kehidupan dan pangkat kita di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya. Begitu juga kematian tidak mungkin bertangguh apabila sampai ajalnya. Bersedialah untuk menghadapinya!!♡

🐊Ust naim

TELEGRAM :

Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:

https://t.me/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1912

Leave a comment