Islamic – Tadabbur Kalamullah 20 Zulhijjah 1441H

☆Tadabbur Kalamullah 20 Zulhijjah 1441H☆

أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَیۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُوا۟ فِیهِ ٱخۡتِلَـٰفࣰا كَثِیرࣰا

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya” [Surah an-Nisa’ 82]

#Ayat ini diantara perintah agar kita mentadabbur atau merenungi ayat-ayat Allah swt. Orang yang bertadabbur adalah orang yang  memperhatikan suatu perkara secara berulang-ulang atau dari pelbagai sisi.

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَیۡكَ مُبَـٰرَكࣱ لِّیَدَّبَّرُوۤا۟ ءَایَـٰتِهِۦ وَلِیَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka mentadabbur (memahami dengan teliti) kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar” [Surah Sad 29]

#Di antara kaedah untuk bertadabbur atau memahami ayat-ayat yang dibaca adalah dengan cara membacanya secara berulangkali. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Zar al-Ghifari r.a berkata:

قَامَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ بِآيَةٍ حَتَّى أَصْبَحَ يُرَدِّدُهَا. إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Rasulullah saw pernah berdiri di dalam solat dengan membaca satu ayat yang baginda mengulang-ulangnya sehingga pagi. Dan ayat tersebut ialah: “Sekiranya Kau (wahai Allah) mengazab mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hamba-Mu dan sekiranya Kau mengampuni mereka maka sesungguhnya Kau adalah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (HR Ibn Majah)

#Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah: “Adalah disunatkan untuk seseorang itu mengulangi bacaan ayat-ayat al-Quran dengan tujuan untuk tadabbur”.

#Imam Al-Nawawi menyebut di dalam kitabnya At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran: “Terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa mengulang-ulang bacaan ayat di dalam solat ini turut diamalkan oleh para salafussoleh di dalam solat mereka. Antaranya adalah sahabat Nabi saw yang bernama Tamim ad-Dari r.a yang mengulang-ulang bacaan ayat ke 21 dari Surah al-Jaatsiyah di dalam solat beliau. Begitu juga Asma’ binti Abu Bakar as-Siddiq yang mengulang-ulang ayat ke 27 dari Surah at-Thur di dalam solat. Demikian Ibn Mas’ud r.a mengulangi bacaan ayat ke 114 dari Surah Taha dan ramai lagi dari kalangan salaf yang melakukannya”.

♡Ingatlah, bahawa ketika kita membaca al-Quran, kita dituntut untuk melakukan tadabbur terhadap ayat-ayat yang terdapat di dalamnya, bahkan disunatkan mengulang-ulang bacaan ayat tersebut agar lebih difahami dan mudah diamalkan♡

🐊Ust naim

TELEGRAM :

Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:

https://t.me/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1911

Leave a comment