بـــــــــــسم اللـــــــه الرحمـــــن الرحـــــــيم
Apabila bimbangkan sesuatu, ucapkan
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Hasbunallahu wani’mal wakeel”
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
Apabila yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, ucapkan
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Hasbunallahu wani’mal wakeel”
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
Apabila satu persatu rakan dan kenalan mula berpaling dan meninggalkan, ucapkan
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Hasbunallahu wani’mal wakeel”
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
Ibn Abbas berkata:
Ucapan ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim apabila dicampak ke api.
Ucapan ini juga diucapkan oleh Nabi Muhammad dan sahabatnya apabila seseorang menakut-nakutkan.
“Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka,”
Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab,
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.
(HR. Bukhari no. 4563)
