Health – 12 Ogos 2020 – Jumlah pesakit buah pinggang memerlukan rawatan hemodialisis yang semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun

12 Ogos 2020 – Jumlah pesakit buah pinggang memerlukan rawatan hemodialisis yang semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun ini mendorong KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mewujudkan sebuah lagi pusat rawatan berkenaan di ibu negara.

Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Setiawangsa itu merupakan yang kedua seumpamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas yang pertama beroperasi di Cheras pada Ogos tahun lepas.

Al-Sultan Abdullah menyedari terdapat keperluan untuk memberikan perkhidmatan hemodialisis kepada mereka yang tidak berkemampuan, khususnya daripada golongan M40 dan B40.

Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap nasib rakyat dan pesakit-pesakit buah pinggang kronik yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis.

Faktor-faktor ini telah mendorong Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda menubuhkan pusat-pusat hemodialisis bagi membantu meringankan bebanan kewangan kumpulan berkenaan.

Turut berangkat KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera.

Hadir sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Pusat rawatan yang dilengkapi dengan 12 mesin itu menerima dan membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dengan kos rawatan pesakit dibiayai YASA yang dahulunya dikenali sebagai sebagai Yayasan Istana Abdul Aziz, atau tajaan atau subsidi daripada badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan majikan.

“Pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di pusat-pusat hemodialisis YASA tidak perlu membayar kos rawatan mereka, ini secara langsung dapat meringankan bebanan kewangan kepada mereka,” titah Al-Sultan Abdullah.

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah sebanyak dua lagi pusat rawatan hemodialisis akan dibina di Raub dan Pekan, Pahang pada akhir tahun ini dan suku pertama tahun depan.

Daulat Tuanku

#agongkita #royal #malaysia #yayasan #hemodialisis #yasa

August 12, 2020-The number of kidney patients needs an increasing hemodialysis treatment in this 10 years encouraging KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong to create another treatment center in the capital.

The Hemodialysis Center of the Al-Sultan Abdullah Foundation (YASA) in Setiawangsa is the second one in the Federal Territory of Kuala Lumpur after the first one operated in Cheras in August last year.

Al-Sultan Abdullah realizes there is a need to provide hemodialysis services to those who are incompetent, especially from M40 and B40 groups.

His Majesty’s Seri Paduka is very concerned about the fate of the people and chronic kidney patients who are not able to obtain hemodialysis treatment.

These factors have pushed his Majesty’s Seri Paduka, Queen Agong’s King and his children to establish hemodialysis centers to help relieve the financial burden of the group.

Also going to KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Queen Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah and son, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera.

Present with Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba.

The treatment center equipped with 12 machines received and helped patients with less capable treatment cost of YASA funded patient which was once known as Abdul Aziz Palace Foundation, or sponsored or subsidies from government bodies, non-government organizations and the employer.

′′ Patients who get treatment at YASA hemodialysis centers don’t have to pay their treatment costs, this can directly relieve financial burden on them,” titah Al-Sultan Abdullah.

Yang di-Pertuan Agong also said two more hemodialysis treatment centers will be built in Raub and Pekan, Pahang at the end of this year and the first quarter next year.

Daulat Tuanku

#agongkita #royal #malaysia #yayasan #hemodialisis #yasa

www.facebook.com/104738764409996/posts/201345688082636/

Leave a comment