Islamic – ASSALAMU’ALAIKUM WBT.

t.me/islamitu_indah/65831

ASSALAMU’ALAIKUM WBT.

● Allah telah berfirman di dalam surah Al-Ankabut, Ayat 45, Bahawa : Solat itu akan mencegah dari perbuatan KEJI dan MUNGKAR.

● Namun pada hari ini kita dapat lihat, ramai orang yang mengerjakan solat, tetapi masih lagi melakukan perkara- perkara yang buruk.

● Mengapakah perkara ini boleh terjadi…?

● Para ulama telah membahaskan tentang perkara ini. Secara ringkas, kesimpulan bagi perbahasan tersebut,

● Para ulama berpendapat. Solat yang dapat melindungi manusia itu dari melakukan perkara- perkara keji dan mungkar, adalah solat yang benar-benar sempurna yang diterima Allah.

● Manakala solat yang dilakukan secara sambil lewa dan tidak sempurna, tidak akan mampu menjadi pelindung dan benteng kepada orang yang mengerjakannya.

● Hari ini marilah kita ambil sedikit masa untuk menyemak semula amalan solat kita.

● Adakah ianya benar- benar sempurna dan sama sepertimana yang dilakukan oleh nabi kita Muhammad SAW.

● Kerana nabi pernah berpesan… Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

● Apabila nabi bersolat, baginda akan mengerjakannya dengan penuh khusyuk, begitu juga dengan sahabat-sahabat nabi, mereka akan melakukan solat dengan penuh khusyuk.

● Tetapi kita hari ini, apabila sedang melakukan solat, pelbagai perkara yang terlintas dan bermain di fikiran.

● Fikiran pun mula melayang-layang, pada ketika itulah juga pelbagai perkara akan mula diingati.

•• Dari perihal kerja pejabat.

•• Kepada perihal rumahtangga.

•• Hal kewangan.

•• Hal anak-anak dan pelbagai lagi.

● Sedihnya… Amalan solat yang sepatutnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah, menjadikan kita sebaliknya.

● Kita semakin jauh dengan Allah dan Allah pula benci kepada kita sewaktu kita sedang solat. Nauzzubillah min zalik.

#RENUNGANMAGHRIB

@islamitu_indah

Leave a comment