Islamic – DOA & PUASA HARI ARAFAH

t.me/AsywaqRasul/4174

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﷺ

DOA & PUASA HARI ARAFAH

Perbanyakkanlah berdoa pada Hari Arafah. Rasulullah ﷺ bersabda sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Bagi yang mampu berpuasa maka berpuasalah. Rasulullah ﷺ bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka.

صيامُ يومِ عرفةَ، أَحتسبُ على اللهِ أن يُكفِّرَ السنةَ التي قبلَه والسنةَ التي بعده

“Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.”

——————————————-

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah dan puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Waktu berdoa pada hari Arafah di Malaysia adalah pada 9 Zulhijjah, bermula selepas Zuhur hingga saat terbenamnya matahari di negara kita. Bukannya mengikut waktu di Arab Saudi.”

Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab

KZ SAM PUTRAJAYA

Leave a comment